OFFSTONE JAN EDITION 2023
24 KESELAMATAN SIBER TANGGUNGJAWAB ANDA Oleh: Muhamad Zaki Mustafa dan Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian zaki@usim.edu.my & m.raqib@usim.edu.my Penulis pertama ialah pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kepakaran beliau adalah dalam bidang perhubungan awam, komunikasi, dakwah dan media baharu. Setakat ini telah menghasilkan penerbitan termasuk buku akademik, bab dalam buku, prosiding dan artikel dalam jurnal berwasit/berimpak. ABSTRACT This article deals with cybersecurity issues. There are still many internet users in Malaysia who are ignorant, naive, and careless about the importance of cybersecurity until they are deceived and subsequently become victims of cybercrime. This article will help you understand cybersecurity and what we should do to prevent it. Pengenalan Keselamatan siber merujuk kepada badan teknologi, proses dan amalan yang direka bentuk untuk melindungi rangkaian, peranti, program dan data daripada serangan, kerosakan atau akses tanpa kebenaran. Keselamatan siber juga boleh dirujuk sebagai keselamatan teknologi maklumat dan ia memainkan peranan yang penting berkaitan keselamatan data anda. Peranan Kita dalam Meningkatkan Keselamatan Siber Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah CyberSecurity Malaysia (CSM), Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed sebelum ini pernah menyatakan bahawa masih ramai pengguna internet di Malaysia tidak cakna, naif dan bersikap tidak peduli mengenai kepentingan keselamatan siber sehingga terpedaya dan seterusnya menjadi mangsa jenayah siber (Cybersecurity Malaysia, 2021). Perkara tersebut masih berlaku sekalipun banyak usaha dilakukan kerajaan baik dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=