OFFSTONE JAN EDITION 2023
22 taktik penjenayah tersebut. Habis segala simpanan wang pelajar tersebut yang telah dikumpul sedari kecil. Tahun lepas, penulis turut menerima laporan tiga orang pelajar tertipu berjumlah RM6000, beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Hal seperti ini sudah tentu boleh mendatangkan tekanan kepada sesiapa yang tertipu terutama golongan pelajar yang tidak mempunyai pendapatan tetap. Faktor-faktor Mengapa Hal Ini Masih Berlaku Walaupun kegiatan jenayah siber ini didedahkan dengan begitu kerap di media, namun jenayah ini masih berlaku saban tahun. Malah, Tan Asri Acryl dalam sebuah laporan menyatakan kes jenayah siber ini menunjukkan peningkatan yang drastik dari tahun ke tahun. Salah satu faktor penyebab kepada berlakunya jenayah siber ini adalah kurangnya literasi berkaitan hal-hal jenayah siber dalam kalangan pelajar. Hal ini terbukti apabila sebuah laporan akhbar menyatakan 70 peratus pelajar sekolah pernah terbabit dengan jenayah siber. Sebuah kajian lain turut mendapati golongan belia di Malaysia masih tidak tahu dan tidak mempunyai kesedaran mengenai amalan keselamatan siber. Penulis sendiri masih ingat, di awal semester, sebuah program ramah mesra telah diadakan dalam kalangan pelajar bersama Felo dan Pengetua Kolej Kediaman. Dalam program tersebut, penulis dengan tegas telah mengingatkan para pelajar mengenai kes-kes jenayah siber yang pernah dialami dan dilaporkan oleh para pelajar. Namun, nasihat ini dipandang enteng dan buktinya dapat dilihat apabila masih banyak laporan didapati oleh penulis mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dengan jenayah siber ini. Selain itu, berdasarkan pemerhatian penulis, polisi yang ada dalam menangani masalah ini masih lemah. Contohnya, walaupun pelajar-pelajar yang sebelum ini telah tersedar tertipu dengan sindiket ini telah membuat laporan polis, amat sukar untuk pihak berkuasa untuk membatalkan transaksi yang telah dilakukan. Pihak bank juga amat sukar untuk mendedahkan maklumat mengenai penjenayah yang secara jelas telah mencuri wang pelajar-pelajar tersebut. Seolah-olah tiada fungsi untuk mangsa-mangsa untuk melakukan laporan polis jika tiada sebarang tindakan yang tegas dan konkrit boleh diambil. Kesimpulan Kesimpulannya, pelajar-pelajar secara umumnya perlu diberikan lebih banyak pendedahan mengenai jenayah siber ini. Kajian-kajian telah banyak dilakukan mengenai tahap pengetahuan golongan belia mengenai jenayah siber dan penemuan kajian juga boleh dijadikan rujukan. Di peringkat pihak berkuasa dan pusat pengajian tinggi sendiri, langkah pencegahan dan kesedaran perlu dilakukan dengan lebih tegas dan drastik dalam bentuk implementasi undang-undang, kempen, bengkel, iklan dan sebagainya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=