OFFSTONE JAN EDITION 2023

21 LITERASI JENAYAH SIBER PERLU DIPERTINGKATKAN DALAM KALANGAN PELAJAR Oleh: Dr. Muhammad Raqib Mohd Sofian & Muhamad Zaki Mustafa m.raqib@usim.edu.my & zaki@usim.edu.my Penulis ialah Pensyarah Kanan, Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan & Pengurusan, USIM. Kepakaran beliau adalah dalam bidang kewartawanan, komunikasi Islam dan ekonomi politik media. ABSTRACT This article focuses on cyber crime issues. There are still many internet users in Malaysia who are ignorant, naive, and careless about the importance of cyber security until they are deceived and subsequently become victims of cybercrime. This article will help you to understand cyber crime literacy, especially among students . Pengenalan Saban hari, kes yang melibatkan jenayah siber dan pelajar semakin meningkat. Terbaru, Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching melaporkan sepanjang 2022, hampir RM600 juta kerugian telah direkodkan akibat daripada jenayah siber yang berlaku dalam negara. Statistik ini sangat membimbangkan kerana pada 2021, hampir RM560.8 juta kerugian telah dicatatkan oleh pihak polis. Hal ini turut diakui oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, yang menyatakan bahawa golongan belia dan pelajar adalah antara sasaran utama sindiket penipuan dalam talian masa kini terutamanya dengan menggunakan pelbagai modus operandi jenayah siber. Salah seorang penulis yang bertugas sebagai felo di sebuah kolej kediaman universiti awam, turut mendapat pelbagai laporan daripada pelajar-pelajar yang melibatkan jenayah siber. Terbaru, seorang pelajar telah kerugian hampir RM19,000 disebabkan tertipu dengan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=