OFFSTONE JAN EDITION 2023

19 siber, boleh membawa kepada tekanan mental dan menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan mental seseorang individu. Untuk menangani kesan negatif media sosial terhadap kesihatan mental, adalah penting untuk melaksanakan langkah-langkah bagaimana caranya agar penggunaan aplikasi ini dapat dipraktikkan dengan penuh tanggungjawab. Antaranya seperti menetapkan had masa paparan alat digital, jenis kandungan yang diakses dan mendapatkan sokongan daripada rakan dan keluarga apabila diperlukan. Ia juga penting untuk mengiktiraf potensi media sosial dalam membantu kesihatan dan kesejahteraan mental. Contohnya, terapi dalam talian dan nasihat kesihatan mental boleh memberikan individu akses kepada kumpulan sokongan kesihatan mental, walaupun keberadaan mereka sama ada di kawasan terpencil atau dalam keadaan yang mendesak. Penggunaan teknologi realiti maya juga telah menunjukkan potensi yang besar dalam merawat kesihatan mental, seperti kebimbangan dan gangguan tekanan selepas trauma (PTSD). Selain itu, perspektif Islam juga menekankan agar umatnya untuk sabar, tabah dan tidak berputus asa mencari jalan penyelesaian apabila diuji dengan kesihatan mental. Dalam Bayan Linnas yang diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan disebutkan bahawa seseorang Muslim itu perlu berpegang dengan ayat 5 hingga 6 dari Surah al-Syarh yang mengingatkan setiap jiwa bahawa setiap kesukaran akan disusuli dengan kemudahan dan solusi jalan keluar. Penutup Kesimpulannya, kesihatan mental dan media sosial adalah saling berkait rapat dan adalah penting untuk kita peka bagaimana media sosial boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental. Walaupun penting untuk mengambil kira kesan negatif, ia juga penting untuk memanfaatkan potensi kesan positif aplikasi tersebut sebagai pemangkin kesihatan dan kesejahteraan mental kita. Justeru, sebagai seorang Muslim, kita mestilah berwaspada dalam menggunakan media sosial dan sentiasa menghargai anugerah yang dikurniakan Allah. BIBILIOGRAFI Institut Kesihatan Mental Negara. (2021). Terapi Realiti Maya. Karim, F., Oyewande, A. A., Abdalla, L. F., Chaudhry Ehsanullah, R., & Khan, S. (2020). Social Media Use and Its Connection to Mental Health: A Systematic Review. Cureus , 12 (6), e8627. https://doi.org/10.7759/cureus.8627 Kepios (2023) Global Media Statistics. https://datareportal.com/social-media-users

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=