OFFSTONE JAN EDITION 2023

18 untuk menampilkan imej yang sempurna, dan kebimbangan untuk ketinggalan ( fear of missing out ) boleh menyumbang kepada kerisauan, kemurungan dan tekanan perasaan. Media Sosial dan Kesihatan Mental Media sosial boleh ditakrifkan sebagai teknologi media digital dengan perisian yang berasaskan alat seperti komputer dan gajet eletronik yang dapat menghubungkan seorang pengguna kepada pengguna yang lain melalui rangkaian dalam talian. Pengunaan media sosial juga dapat memudahkan pelbagai bentuk aktiviti seperti perkongsian idea, mendapatkan maklumat dan memberikan pendapat bersama komuniti maya. Pengguna dapat berkomunikasi menggunakan kandungan digital seperti gambar, audio, dan video. Semenjak wabak COVID-19 yang melanda di seluruh dunia dan perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan di Malaysia, terdapat banyak kajian yang menunjukkan adanya kaitan penggunaan media sosial terhadap kesihatan mental. Kesihatan mental merujuk kepada aspek kesejahteraan di mana individu berupaya memahami kebolehan dan kekangan mereka termasuklah keupayaan dalam menyelesaikan masalah agar mereka dapat melakukan sesuatu tindakan dengan baik dan harmoni. Semasa pandemik COVID-19 melanda, penggunaan media sosial adalah tinggi sehinggakan menjadi tunjang dalam aktiviti harian untuk bekerja dan belajar serta tugas harian yang lain. Hatta, kebanyakan individu terpaksa menghabiskan masa yang lama di aplikasi media sosial untuk tujuan interaksi dan komunikasi. Perkara ini disokong oleh Statistik Global Media Sosial yang melaporkan terdapat 4.76 bilion pengguna media sosial sehingga Januari 2023 di mana wujudnya peningkatan sebanyak 137 milion pengguna baharu yang menyertai dan menggunakan media sosial. Ia juga menunjukkan bahawa meskipun rangkaian media sosial adalah alat yang penting dalam kehidupan kita, walau bagaimanapun, melindungi kesihatan mental juga adalah tanggungjawab yang tidak dapat dinafikan. Kajian menunjukkan bahawa penggunaan media sosial mempengaruhi kesihatan mental termasuklah tingkah laku, kesihatan fizikal dan kesihatan mental yang mana risikonya adalah pelbagai dan boleh membawa kepada kematian sekiranya tidak dibendung. Implikasi Penggunaan Media Sosial Terhadap Kesihatan Mental Menurut kajian yang dijalankan oleh Royal Society for Public Health pada 2017, penggunaan media sosial yang berterusan menyumbang kepada peningkatan kadar kebimbangan, kemurungan, dan corak tidur yang lemah. Satu lagi kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati pendedahan kepada kandungan berbahaya di internet, seperti pembulian

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=