OFFSTONE JAN EDITION 2023
15 Preventing and Countering Violent Extremism pada 23 hingga 24 Ogos di Bali, banyak perkara dibincangkan khususnya isu berkaitan menangani ekstremisme selepas pandemik COVID-19. Tujuan utama pertemuan tersebut adalah untuk memastikan wujudnya ASEAN yang aman dan damai serta sejahtera melalui kerja sama bersama antara ASEAN, PBB dan Amerika Syarikat. Begitu juga di Indonesia, berlaku ketidakjelasan definisi terhadap apa itu sebenarnya ekstremisme. Tindakan yang tidak sesuai dengan masyarakat dan nilai-nilai dalam Pancasila dilihat antara ciri awal yang boleh dikategorikan sebagai ekstremis. Maka dengan definisi seluas ini, tidak hairan ramai yang curiga dan takut untuk mengulas tentang ekstremisme dalam kajian ini sendiri. Hal ini turut diakui oleh pengkaji lain yang juga dari Indonesia (tetapi bukan dalam pasukan kajian kami) sehingga ada ahli masyarakat yang dengan mudah mencirikan seseorang individu sebagai ekstrim kerana pakaian yang dipakainya atau penampilan fizikal seperti berjanggut panjang. Pemahaman yang subjektif ini boleh memberi impak negatif seperti menyebabkan lebih banyak kes-kes tersilap tuduh dan akhirnya menyebabkan konflik dalaman antara ahli masyarakat di Indonesia. Penutup Baik di Malaysia atau di Indonesia, apa juga tahap radikalisme dan ekstremisme di kedua-dua negara, kita harus pastikan wujud kefahaman yang tepat dapat mendefinisikan radikalisme dan ekstremisme. Kefahaman yang jelas dapat mengurangkan konflik, meningkatkan keharmonian dan mewujudkan masyarakat yang benar-benar pasti dengan keyakinannya terhadap sesuatu perkara dan tidak memudaratkan orang lain. Kefahaman ini perlu diterapkan di semua peringkat, dan memerlukan kerjasama semua di peringkat individu, keluarga, organisasi negara, malah antara negara seperti ASEAN bagi memastikan lahirnya masyarakat wasatiyah yang bersederhana dan faham dalam segala tindak tanduknya. BIBLIOGRAFI Badan Nasional Penanggulangan Terorisme (BNPT). 2022. Bahas Ekstremisme Berbasis Kekerasan di Asia Tenggara, Bnpt Gelar Asean-Us Regional Workshop P/Cve, 23 Ogos 2022, https://www.bnpt.go.id/indonesia-bersama-as-dan-pbb-bahas-isu-ekstremisme-berbasis- kekerasan-tingkat-asean BBC News Indonesia. 2021. Perpres ekstremisme 'bisa picu konflik antar masyarakat', bagaimana pemerintah definisikan ekstremisme dan kelompok intoleran? 20 Januari 2021, https://www.bbc.com/indonesia/indonesia-55714357 Bernama. 2022. Keganasan, ekstremisme perlu diberi perhatian – Idris, 7 Sept 2022, https://www.astroawani.com/berita-malaysia/keganasan-ekstremisme-perlu-diberi-perhatian- idris-383031
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=