OFFSTONE JAN EDITION 2023
14 universiti seperti di UNISBA sendiri dikaji termasuk pensyarah pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Universiti- universiti ini dipilih kerana pengkaji ingin melihat sendiri pandangan para pensyarah berkaitan usaha mereka menangani isu radikalisme dan ekstremisme sekiranya wujud atau pernah melanda di pusat pengajian tinggi tersebut. Radikalisme dan Ektremisme di Universiti-universiti di Malaysia dan Indonesia Rata-rata kemelut radikalisme dan ekstremisme memang berlaku di ketiga-tiga universiti. Tetapi di Malaysia, kedua-dua universiti menunjukkan kes tersebut adalah terpencil. Maka, boleh dirumuskan bahawa tahap radikalisme dan ekstremisme terutama berkaitan agama di USIM dan UIAM adalah rendah. Namun, hasil dapatan kajian tersebut mendapati para pensyarah tetap menggunakan peluang dalam kelas untuk berkongsi maklumat dan cerita berkenaan kes-kes terpencil yang berlaku kepada pelajar lain agar dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Di Indonesia pula, mungkin boleh dikatakan kes-kes radikalisme dan ekstremisme adalah lebih tinggi dari segi jumlah dan penglibatan pelajar. Seperti yang diakui oleh salah seorang rakan pengkaji dari Indonesia bahawa agak sukar bagi pasukan pengkaji mereka mengumpul data kajian daripada pensyarah dan pelajar di peringkat awal penyelidikan kerana ramai yang mempunyai perasaan takut untuk berkongsi cerita. Naratif radikalisme dan ekstremisme nampaknya lebih dilihat sebagai satu naratif yang digeruni di Indonesia lebih daripada di Malaysia berkemungkinan kerana kesannya yang lebih memudaratkan jika dikongsi dengan lebih terperinci. Ekstremisme Agama di Indonesia Dapat dikatakan bahawa ekstremisme agama sudah menjadi semakin tinggi tahapnya di Indonesia. Ini kerana generasi mudanya dilihat masih dalam proses mencari jati diri dan mudah terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang dikongsi menerusi media sosial. Tambahan lagi, penggunaan internet dan media sosial di Indonesia pada 2021 mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 73.7 peratus daripada keseluruhan populasi masyarakat Indonesia. Pelbagai tindakan dilaksanakan di Indonesia untuk mengurangkan kesan radikalisme dan ekstremisme agama di Indonesia. Ini termasuklah mengoptimumkan kekuatan pempengaruh, memberi pendedahan ke kampus-kampus serta memasuki rumah-rumah ibadah untuk berkongsi naratif anti radikalisme dan ekstremisme. Tahun lepas ketika bengkel antara Amerika dan United Nations Office of Counter Terrorism (UNOCT) menjadi tuan rumah kepada ASEAN-US Regional Workshop on
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=