OFFSTONE JAN EDITION 2023

11 tontonan umum. Natijahnya, individu terbabit boleh didakwa di bawah Akta Hak Cipta 1987 yang secara jelas membabitkan pelanggaran terhadap hak cipta menerusi aktiviti pengeluaran semula dan pengedaran salinan karya kepada orang awam melalui jualan tanpa keizinan daripada pemunya hak cipta sebagaimana digariskan oleh Dr. Haliza A. Shukor, seorang pengkaji undang-undang dalam penulisan beliau. Malah, baru-baru ini penyebaran klip-klip drama Projek High School , yang belum ditayangkan kepada umum tersebar di sebuah platform media sosial. Drama ini yang baharu sahaja disiarkan di saluran ASTRO Ria berdepan dengan masalah ‘kebocoran’ yang menurut para pelakonnya umpama dibuli oleh peminat industri tempatan kerana seolah-olah komitmen 100 peratus yang diberi semasa pembikinan drama ini dilihat sia-sia. Fenomena ini jika dibiarkan dikhuatirikan akan menjejaskan perkembangan industri drama dan filem tempatan. Tambahan pula, jika peminat lebih cenderung untuk mengakses filem dan drama secara percuma, makanya dari manakah sumber pendapatan pekerja-pekerja industri ini? Penutup Pihak bewajib seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia ( FINAS) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga dilihat tidak mampu membendung masalah ini. Muat turun filem dan drama secara percuma di platform media sosial seolah-olah seperti di luar kawalan mereka. Walaupun terdapat akta dan undang-indang diperutukkan, ia dilihat sebagai satu ‘gula-gula’ kepada penggiat seni untuk berdiam diri seketika, namun masalah ini masih belum ada jalan penyelesaiannya. Sehubungan itu, pengkaji filem perlu lebih aktif lagi dalam membuat penyelidikan mencari solusi masalah ini dalam usaha memartabatkan industri filem tanah air, khususnya kepada penggiat-penggiat seni, agar meraka tidak ‘dibuli’. Kepada penggemar filem dan drama bersiri, tontonlah dengan berhemah. Walaupun memuat turun filem atau drama bersiri dari platform internet itu percuma dan dapat berjimat, matlamat tetap tidak menghalalkan cara. Jika diteliti Surah an-Nisa ayat 135, ada menjelaskan konsep amalan dan tindakan hendaklah selari dengan niat. Sekalipun niat baik untuk berjimat, tetapi mendapatkan sesuatu perkara/barang tanpa izin pemiliknya itu dikira ‘mencuri’ dan hukumnya adalah haram. BIBLIOGRAFI Al-Quran. Haliza A. Shukor (25 November, 2020). Isu cetak rompak bila nak selesai? Utusan Malaysia Online . https://www.utusan.com.my/rencana/2020/11/isu-cetak-rompak-bila-nak-selesai/

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=