OFFSTONE JAN EDITION 2023

10 Buli Siber dan Industri Filem Secara literalnya, istilah buli siber wujud apabila internet dan media sosial diperkenalkan kepada masyarakat. Melalui medium media baharu ini, pengguna internet terdedah kepada ancaman seperti difitnah, diaibkan malah diugut sehingga menyebabkan kerugian wang yang mencecah puluhan dan jutaan ringgit. Ada juga mangsa buli siber yang menderita dari segi kesihatan mental kerana tidak dapat menanggung malu atau aib diri yang telah disebarluaskan di dunia siber. Ancaman siber seperti ini tidak hanya dihadapi oleh individu, malah turut dirasai di peringkat komuniti, syarikat dan industri. Sebagai contoh yang terjadi dalam industri perfileman tempatan iaitu masalah cetak rompak, isu yang berdekad lamanya dialami oleh penggiat industri dan masih belum ada jalan penyelesaian. Jika dahulu, cetak rompak membabitkan penjualan VCD haram filem-filem yang disalincetak secara berleluasa, kini, menurut Mohd Hamdan dan Ong Siew Chin, memuat turun bahan dari internet tanpa izin termasuklah filem atau drama-drama siri yang jelas bertentangan dengan akta hak cipta juga adalah salah dan diklasifikasikan sebagai cetak rompak. Inilah yang diperjuangkan oleh penggiat industri filem tempatan apabila, titik peluh mereka seolah-olah tidak dihargai oleh peminat filem tempatan yang lebih sanggup menonton di platform internet seperti media sosial secara percuma daripada mengeluarkan sedikit belanja untuk mendapat akses yang selaras dengan undang- undang. Filem merupakan karya sastera yang dilindungi di bawah akta hak cipta. Berdasarkan kajian Azizah Hamzah dan Siti Ezaleila Mustafa dari Universiti Malaya, filem juga merupakan harta intelektual yang penciptaannya melibatkan idea, maklumat dan kerja-kerja seni yang terhasil melalui akal fikiran. Oleh itu,para pengkaji ini menegaskan dalam penulisan mereka bahawa hak cipta dilihat sebagai hak milik eksklusif kepada yang mencipta sesuatu karya dan setiap pencipta itu memiliki hak milik intelektual. Lalu, apabila belakunya ‘kebocoran’ sesuatu filem mahupun siri drama di platform internet tanpa keizinan pemiliknya, ini boleh diklasifikasikan sebagai buli siber. Pembulian ini berlaku kepada penerbit, pengarah, pelakon-pelakon dan juga krew-krew produksi yang terlibat. Apabila sesebuah filem telah dimuat turun secara percuma dalam talian, penonton tidak lagi ke pawagam untuk menikmati hasil seni pengarah filem tersebut, lalu ia merugikan pihak produksi dari segi kutipan tiket penontonan. Inilah yang berlaku kepada filem ‘KL Gangster 2’ (arahan Syamsul Yusof) yang telah ‘bocor’ di internet pada 2022 dan mencetuskan perdebatan mengenai isu etika penontonan apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab memuat naik karya filem secara haram untuk

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=