OFFSTONE JAN EDITION 2023
9 INI JUGA BULI SIBER: KEBOCORAN FILEM BAHARU DI INTERNET DAN KESANNYA KEPADA INDUSTRI FILEM TANAH AIR Oleh: Dr. Rosninawati Hussin & Dr. Suria Hani A. Rahman ninahussin@usim.edu.my & suriahani@usim.edu.my Penulis pertama ialah Rosninawati Hussin, seorang Pensyarah Kanan di Program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP), USIM. Beliau merupakan pensyarah dalam bidang komunikasi massa dan antara kursus yang diajar ialah pengiklanan dan kursus- kursus berkaitan dengan bidang penyiaran. Beliau juga cenderung melibatkan diri dengan penyelidikan yang berkaitan komunikasi massa dan pengajian media. ABSTRACT The cyber world exposes society to cyberbullying, which requires cyber security that can protect its users from harassment, threats, and defamation. This cyberbullying can also harm national economy by affecting certain industries such as the arts and film industries. Unfortunately, there is still no effective solution to this threat for the sake of overall community harmony. Pengenalan Dunia siber merujuk kepada persekitaran dalam talian yang melibatkan individu berinteraksi serta mempunyai keupayaan untuk memberi inspirasi dan mempengaruhi satu sama lain. Meskipun interaksinya hanyalah di ruang maya, namun kemampuannya tidak boleh dipandang enteng kerana segala yang ingin diketahui (informasi) boleh diperoleh semudah di hujung jari. Sehubungan itu, para pengguna siber mudah terdedah kepada ancaman siber yang menurut Muhamad Adnan Pitchan dan Siti Zobidah dari Universiti Putra Malaysia dalam kajian mereka, ini merangkumi buli siber, mangsa penipuan dalam talian dan maklumat peribadi diceroboh.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=