e-BULETIN IQRA' JAN-MAC 2026
Program ini mendapat sambutan menggalakkan menerusi penyertaan dan penglibatan aktif para peserta, sekali gus mencerminkan minat warga universiti terhadap inisiatif perkongsian ilmu. Secara keseluruhannya, Tela’ah @ USIM Siri 1/2026 berjaya mewujudkan platform pertukaran intelektual yang bermakna serta memperkukuh peranan Perpustakaan USIM sebagai hab wacana akademik dan pembelajaran berterusan dalam komuniti universiti. TELA’AH @ USIM GALAKKAN PEMIKIRAN STRATEGIK MENERUSI PERBINCANGANBUKU BLUE OCEAN STRATEGY USIM, 27 Februari 2026 – Perpustakaan USIM telah berjaya menganjurkan Tela’ah @ USIM Siri 1/2026, sebuah program perkongsian ilmu yang mengetengahkan perbincangan mendalam berkaitan buku “Blue Ocean Strategy”. Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan perpustakaan dalam memupuk wacana intelektual, pemikiran kritis serta budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga universiti. Sesi tersebut dipimpin oleh Dr. Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah Pusat Libatsama Masyarakat dan Jaringan Industri (PLMJ), USIM, dan dikendalikan oleh Encik Ahmad Yazid Ahmad @ Abd Rahman, Pustakawan USIM. 11 Perbincangan yang berlangsung secara dinamik memberi peluang kepada peserta untuk memahami konsep inovasi nilai (value innovation) yang menekankan penciptaan ruang baharu melangkaui persaingan tradisional. Peserta turut didedahkan kepada aplikasi praktikal konsep Blue Ocean Strategy, khususnya bagaimana organisasi boleh beralih daripada pasaran yang tepu (red ocean) kepada ruang inovasi baharu melalui penciptaan nilai yang lebih strategik. Sesi ini turut menekankan kepentingan pemikiran strategik, keupayaan menyesuaikan diri serta inovasi dalam meningkatkan prestasi organisasi merentas pelbagai sektor.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=