Majlis Konvokesyen ke-24 USIM | 2026

I 27 Pendidikan awal beliau bermula di sebuah sekolah rendah di Port Dickson, tempat beliau dibesarkan. Pada tahun 1977, beliau melanjutkan pendidikan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan. Selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk melanjutkan pengajian prauniversiti di South Sydney High School, Maroubra, Sydney, Australia. Seterusnya, kecemerlangan akademik beliau membuka laluan untuk melanjutkan pengajian di University of New South Wales, Sydney. Pada tahun 1987, beliau berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Komputer. Perjalanan pendidikan ini menjadi asas penting dalam pembentukan kerjaya dan sumbangan beliau dalam bidang yang diceburinya. Kemudian, beliau memperoleh Sarjana Sains Komputer daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Doktor Falsafah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dalambidang Kecerdasan Buatan atau Artificial Intelligence (AI) dengan tesis bertajuk Computational Recognition-Primed Decision Model Based on Temporal Data Mining Approach in a Multiagent Environment for Reservoir Flood Control Decision . Memenuhi keperluan pembelajaran sepanjang hayat, beliau turut memperoleh Diploma Pengajian Islam dari Institut Pengurusan Integriti Negeri Kedah pada tahun 2007. Beliau berpengalaman menjadi guru sandaran di Terengganu, pegawai penyelidik di Universiti Malaya (UM) dan akhirnya pensyarah mulai 1994 di UUM. Bagai sirih pulang ke gagang, beliau kembali ke bumi kelahiran tanah beradat Negeri Sembilan, Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) pada tahun 2009. Beliau pernah diamanahkan memegang pelbagai jawatan akademik dan kepimpinan universiti – Ketua Program dan Ketua Jabatan Sains Komputer, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Dekan Pusat Pengajian Siswazah serta Pengarah Institut Sains Islam (ISI) serta mengetuai kumpulan penyelidikan Cybersecurity and System (CSS) serta Responsible AI and Safety for Human Development (RASHD). Di USIM, beliau aktif membina kepimpinan dalam kalangan mahasiswa dengan gagasan ilmu bersepadu dengan nilai, akhlak dan amanah kepimpinan kepadamanusia. Di samping melahirkan 25 orang graduan Doktor Falsafah, beliau turut terlibat dengan program libatsama masyarakat di peringkat kebangsaan seperti Kembara Siswa (KEMSIS) dan antarabangsa seperti Global Islamic Student Outreach (GISO) di Turkiye, Lubnan, Kemboja, Vietnam, Indonesia, Sri Lanka dan China. Malah beliau juga pernahmenyertai misi akademik ke Gaza anjuran Jaringan Global Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pada tahun 2013. Pada tahun 2025, beliau terpilih ke University of Oxford sebagai Academic Scholar Visitor di Institute of Ethics for AI, sebuah institusi ilmu yang menjadi antara mercu tanda akademik dunia. Sumbangan beliau diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai Profesor dan Penyelidik Pelawatdi Jepun, Turkiye, Uzbekistan, Bangladesh, ArabSaudi,HongKongdanUnitedKingdom. Beliau juga telah diberi kepercayaan mewakili Malaysia ke UNESCO Intergovermental Meeting on Policy Recommendation on Ethics in AI. Dengan ketokohan dan kepakaran yang dimiliki, beliau telah dilantik sebagai Senior Fellow, AI for Developing Country Forum (AIFOD) dan diamanahkan sebagai jurucakap di AIFOD Geneva Summit 2025 di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Geneva, Switzerland mewakili suara negara global selatan berkaitan isu etika AI dan sensitiviti kepada budaya setempat. Anak jati Negeri Sembilan ini juga terpilih sebagai Felo Akademi Sains Malaysia atas bakti dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan dianugerahkan Tokoh Hasanul Mudir, USIM pada tahun 2013. Penyelidikan beliau pernah dinobatkan sebagai Anugerah Khas

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=