Majlis Konvokesyen ke-24 USIM | 2026

Integrasi Ilmu Tonggak Kebitaraan Graduan Aspirasi USIM ialah membentuk graduan yang bukan sahaja unggul dari sudut akademik, tetapi turut memiliki kekuatan nilai, akhlak, kemahiran dan jati diri. Integrasi ilmu menjadi asas yang menyatukan ilmu naqli dan aqli, agar ilmu yang dipelajari tidak hanya menghasilkan kecemerlangan intelektual, tetapi mampu diterjemahkan kepada tindakan, penyelesaian dan sumbangan yangmemberi manfaat kepadamasyarakat. Integrasi ilmu bukan sekadar menggabungkan dua bidang pengetahuan, sebaliknya membentuk cara berfikir yang holistik. Ilmu wahyu menjadi panduan dalam memahami nilai dan tujuan, manakala ilmu akal menjadi instrumen untuk meneroka, menganalisis dan menyelesaikan persoalan kehidupan. Kesepaduan ini melahirkan graduan yang mampu berhadapan dengan dunia yang kompleks tanpa kehilangan prinsip dan nilai yangmenjadi pegangan. Graduan USIM diharapkan bukan sahaja mampu bersaing dalam dunia pekerjaan, tetapi juga mempunyai keupayaan untuk berfikir secara kritis, berkomunikasi dengan baik, beradaptasi dengan perubahan, menghasilkan inovasi serta menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan katakanlah: Wahai Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.” (Surah Taha, 20:114) Potongan ayat dalam bentuk doa ini mencerminkan suruhan daripada Allah SWT untuk kita sentiasa menambah ilmu pengetahuan. Ilmu tidak berhenti apabila seseorang menerima segulung ijazah, sebaliknya menjadi perjalanan sepanjang hayat untuk terus belajar, memperbaiki diri danmemberi manfaat kepada orang lain. Kebitaraan seorang graduan bukan hanya terletak pada apa yang diketahui, tetapi mampumenggunakan ilmu dan kebolehannya untukmencipta kebaikan, menyelesaikan masalah danmembawa perubahan. Integrasi ilmumembentuk insan. Insan yang unggul membentukmasyarakat. Danmasyarakat yang berilmumembinamasa depan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=