Majlis Konvokesyen ke-22 USIM | 2024
Majlis Konvokesyen ke-22 USIM 48 Setelahmenamatkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Tanah Inggeris (Manchester, England) beliau mulai merintis kerjaya sebagai seorang kakitangan akademik di UKM, Bangi pada tahun 1994. Pada tahun 2010, beliau telah berhijrah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) dan seterusya dilantik ke jawatan Naib Canselor pada tahun 2014. Selepas melepaskan jawatan Naib Canselor pada tahun 2019, beliau telah diberi beberapa tanggungjawab di USIM sebagai Pengerusi Jemaah Profesor, Pengerusi Jawatankuasa Badan Kebajikan Kakitangan, dan Ketua Editor, The Malaysian Journal of Science, Health & Technology (MJoSHT). Beliau telah bersara wajib pada tahun 2022 dan menjawat Profesor VK7 (kontrak) sehingga kini. Di luar universiti, beliau pernahmenyandang beberapa jawatan utama seperti Pengerusi Persatuan Alumni Sains Kimia UKM, Presiden Persatuan Sensor Malaysia, dan Ahli Dilantik Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI). Sehingga kini, beliau masih menjawat Pengerusi Koperasi Kakitangan USIM, Presiden EcoExplorer Malaysia (EcoEM), sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memfokus pendidikan alam sekitar kepada kanak-kanak, dan Ahli Lembaga Pengarah, Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI). Dalam bidang penyelidikan dan penerbitan, beliau telah menerbit lebih 200 artikel jurnal hasil beberapa penyelidikan yang telah diteroka lebih tiga dekad lalu dengan anggaran jumlah dana sebanyak RM7.5 juta dari pelbagai agensi. Beliau telahmeraih lebih 25 pingat dalampelbagai pameran penyelidikan dan inovasi yang diadakan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuklah dari Amerika Syarikat, Switzerland dan Belgium. Beliau telah dilantik sebagai Profesor Pelawat di Universitas Islam Indonesia (UII), Jogjakarta (2018) dan Bukhara State University, Uzbekistan (2019). Dalam bidang kepakaran beliau (sensor kimia optik), beliau telah menerima lebih 60 jemputan untuk memberikan syarahan jemputan, syarahan plenari dan syarahan k eynote, termasuk dari Indonesia, Filipina, Thailand, Palestin, Turkiye dan Jepun. Beliau turut menerima pengiktirafan dalam bentuk fellowship, scholarship dan visiting grant di peringkat antarabangsa seperti dari The Royal Society of Chemistry London (England), ICS-UNIDO Visiting Grant (Itali); JSPS-VCC (Jepun); Association of Commonwealth Universities Scholarship (England) dan Japanese Government Training Scheme (Jepun). Ketika usia mudanya, beliau turut aktif menjadi pakar runding dalam bidang berkaitan Kajian Kekesanan Alam Sekitar (EIA) kepada beberapa syarikat seperti Petronas, Shell, Berjaya Group, Lembaga Pelabuhan Kuantan, Pripadu, Amsteel dan Prolintas. Minat mutakhir beliau dalam bidang penulisan kreatif telah melahirkan sebuah buku autobiografi karangan beliau sendiri berjudul Pendakian Rintis Tutor – Naib Canselor: Cerita Aku yang diterbitkan oleh Penerbit USIM pada Januari 2024. Selain itu, beberapa hasil penulisan kreatif beliau juga telah diterbitkan dalam bentuk antologi seperti Gema Puisi Maal Hijrah (2016), Himpunan Anekdot Aksara Inspirasi 2 (2020), Antologi Puisi Tarian Tinta (2020), Anekdot Ramadhan (2021), Antologi Puisi Cinta Ramadhan (2021), Anekdot Syawal (2021) dan Antologi Puisi Melarik Masa (2023). Minat beliau mentadabbur alam melalui dakian gunung telah membawa beliau untuk menawan puncak Gunung Tahan, Gunung Kinabalu, Gunung Rinjani (Indonesia) dan Gunung Fuji (Jepun). Semua pengalaman ini menjadikan beliau sebagai seorang sarjana yang bersifat komprehensif, lebih terbuka, dinamik dan sentiasa berpandangan jauh dalam kerjaya. Sepanjang berada dalam perkhidmatan, beliau telah meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah. Antaranya termasuklah Penyelidik Muda UKM (2002); Pingat Johan Mangku Negara (JMN) (2011); Pingat Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) (2013); Tokoh Maal Hijrah USIM (2014); Anugerah Alumni UKM Tersohor (2017), Anugerah Khas Yayasan FAQEH (2017) dan Tokoh Akademik USIM (2021). Sumbangan berterusan beliau dalam bidang kimia kepada negara telah melayakkan beliau menerima pengiktirafan dalam bentuk perlantikan Felo seperti Felo IKM oleh Institut Kimia Malaysia (2011), Felo Akademi Sains (FASc) oleh Akademi Sains Malaysia (2017) dan Felo Kehormat (Hons FMASS) oleh Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (2019). Kemuncak penghargaan sebagai seorang ahli kimia yang diterima adalah sebagai pemenang IKM Gold Medal Award, anugerah tertinggi di peringkat negara yang telah diberikan oleh badan profesional, Institut Kimia Malaysia (IKM) pada tahun 2021.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=