Majlis Konvokesyen ke-22 USIM | 2024
Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad M usa Ahmad atau nama kampungnya, Andong Kampil ialah anak kelahiran Kampung Jawa, Panchor, Muar, Johor. Beliau merupakan anak keenam daripada 12 orang adik-beradik kepada pasangan penoreh getah, Sipah bte Masalam dan Ahmad bin Abdullah. Walaupun mempunyai bilangan adik-beradik yang ramai, rezeki yang diraih oleh kedua-dua ibu bapa beliau sentiasa mencukupi dan tidak ada hari di manabeliau adik-beradik tidakmenjamahnasi. Syukur alhamdulillah. Walau bagaimanapun, seramai tiga orang daripada kakak beliau tidak dapat meneruskan pelajaran ke sekolah menengah kerana terpaksa menguruskan adik-adik yang masih kecil ketika itu. Pada usia kanak-kanak, beliau telah terbiasa dengan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, menebas kebun dan membelah kayu. Telah tersurat dalam hidupnya untuk meninggalkan kampung pada usia muda demi melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 1 di sekolah berasrama penuh, Sekolah Menengah Sains Johor (SMSJ), Kluang. Ini suatu kejutan budaya untuk beliau kerana selain tidak pernah berjauhan dengan ibu bapa, inilah kali pertama beliau dapat tidur di atas katil dan tilam sendiri. Namun, beliau terpaksa melupakan sementara masakan ibu yang sangat beliau gemari – masak lemak cili api pucuk ubi, sayur asambatang keladi dan sambal tumis tempe. Kenangan paling manis beliau di SMSJ adalah apabila beliau dinobat sebagai pelajar terbaik untuk peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) di seluruh negeri Johor pada tahun 1977. Beliau terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi doktor perubatan apabila menyedari dirinya tidak boleh melihat darah atau hemophobia . Ini berlaku apabila untuk pertama kali, bapanya menyuruh beliau untuk menyembelih ayam ketika majlis kenduri nasi ambeng di kampung. Walaupun tidak menyukai subjek kimia, beliau akhirnya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan kimia di Fakulti Sains Fizis dan Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1981 setelah ditawarkan Biasiswa Petronas dalam bidang ini. Berkat doa kedua-dua orang tuanya, beliau telah meraih Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) kelas pertama dalam bidang Kimia yang sangat tidak disukainya ini. Keadaan kegawatan ekonomi yang dialami negara pada tahun 1985, menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasrat untuk berkhidmat dengan Petronas, sebaliknya mengalihkan arah kerjaya dalam bidang pendidikan – seperti yang telah lama dihasratkan oleh bapa beliau. PENERIMAGELARANPROFESOR EMERITUS RECIPIENT OF PROFESSOR EMERITUS TITLE الحاصل على لقب الأستاذية الفخرية
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=