Majlis Konvokesyen ke-22 USIM | 2024
Majlis Konvokesyen ke-22 USIM 44 Di samping tugas rasmi, beliau turut menyumbang secara aktif sebagai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Ahli Majlis Agama IslamWilayah Persekutuan, Ahli Majlis Fatwa Sarawak, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pengerusi Institut Pendidikan, Majlis Agama Islam Malaya, serta beberapa tugas yang lain lagi, termasuk Ahli Rabitah al-Alam al Islami, yang berpusat di Arab Saudi, Ahli Lembaga Universiti Islam Andalusia, di Kordoba, Sepanyol, Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, ahli penaja UIAM, Ahli Lembaga Pengarah TV Al-Hijrah, Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia (IIM) dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Beliau juga telah dilantik sebagai profesor dan penyandang pertama Kursi Syeikh Abdullah Fahim di UKM (2008–2012) dan penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin di UniSZA. Beliau turut menerima ijazah kehormat UKM dan lantikan Profesor Adjung di beberapa universiti termasuk Universiti Selangor (UNISEL) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sepanjang penglibatan dalam bidang akademik, beliau telah menghasilkan 13 buah buku antaranya Kembara Kehidupan: Dari Atap Rumbia ke Gedung Diplomat, Isu Islam Semasa, Oktober yang Tidak Dinantikan, Pemikiran Dr. Mahathir Tentang Islam, Gagasan Satu Malaysia Peradaban dan Identiti Bangsa, dan Penerapan Nilai-nilai Murni dalam Pentadbiran Awam . Beliau juga turut menjadi kolumnis beberapa buah akhbar termasuk Sinar Harian dan Utusan Melayu . Pada tahun 1998, beliau menerima Anugerah Perdana Media Islam Negara (AMIN) peringkat kebangsaan dan merupakan Tokoh Maal Hijrah bagi tahun 1422H/2001. Selain itu, beliau dianugerahi Johan Setia Mahkota (J.S.M), Darjah Dato’ Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) dan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (S.G.M.K.) oleh DYMM Sultan Kedah. Beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia pada tahun 2021. Bagi mengangkat ketokohan beliau dalam bidang bahasa, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), USIM telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Bahasa Arab semasa sambutan Hari Bahasa Arab Sedunia pada 18 Disember 2017. Sebagai pencinta bahasaArab, beliau telahmenyumbang kepakaran, idea dan nasihat untuk pembangunan bahasa Arab di USIM khususnya dalam program sulung FPBU iaitu Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian. Kini, beliau dilantik sebagai Sarjana Tamu FPBU untuk berkongsi pengalaman dalam bidang pendidikan, pengurusan dan pentadbiran serta rujukan ke arah perkembangan bahasa dan pembangunan program-program baharu yang berkait dengan bahasa Arab. Ketokohan Tan Sri dalam dunia akademia dan profesional telah memberi impak yang besar dalam pembangunan tamadun bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan pembangunan masyarakat di Malaysia, terutamanya dari sarwajagat bahasa al-Quran, juga bahasa Melayu sebagai bahasa Islam. T an Sri Dr. Ismail bin Haji Ibrahim was born on May 12, 1937, in Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. He received his early education at Sekolah Melayu Pinang Tunggal, Pulau Pinang and obtained his Standard Five Certificate in 1948 followed by secondary education at Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah and received his Secondary Certificate in 1957. He then continued his studies at Kolej Islam Malaya, Klang, and successfully obtained the College Higher Degree in 1962, which was recognized by Al-Azhar University in Egypt as equivalent to the university’s First Degree. He then pursued his Master’s degree in Arabic Studies in Al- Azhar University, and graduated in 1967. Upon some advice from the Higher Academic Management of Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), he then furthered his studies in the same field in University of St. Andrews, Scotland in 1972 and successfully achieved his Doctor of Philosophy degree in 1975. Upon his return from his studies at Al-Azhar University in 1971, he was offered the position of Literary Research Officer at Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) by the late Tun Syed Nasir Ismail, the Director-General of DBP at that time and he worked there for three years. After returning from the University of St. Andrews, Scotland in 1975 with his Doctor of Philosophy degree, he was appointed as a lecturer in the Faculty of Islamic Studies, UKM and served as the Dean of the faculty from 1978 to 1982. In addition to serving as a lecturer at UKM, he was seconded to the International Islamic University Malaysia (IIUM) in 1983, where he held the position of Professor and Director of the Language Centre in 1986. In 1991, he ended his tenure at IIUM when he was appointed as the first Director General of the Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM) from 1992 to 2002. He was later appointed as Malaysia’s Ambassador to Saudi Arabia from 2005 to 2008. Alongside his official duties, he actively contributed as the Chairman of the National Fatwa Council, a member of the National Council for Islamic Affairs Malaysia, Federal Territory Islamic Religious Council, Sarawak Fatwa Council, and Board of Trustees of YADIM, and also held various other positions, including being a member of the Muslim
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=