Majlis Konvokesyen ke-22 USIM | 2024
PENERIMA IJAZAHKEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH (PENGAJIAN BAHASA ARAB) HONORARY DEGREE DOCTOR OF PHILOSOPHY DEGREE (ARABIC LANGUAGE STUDIES) شهادة الدكتوراه الفخرية في درسات اللغة العربية Tan Sri Dr. Ismail bin Haji Ibrahim T an Sri Dr. Ismail bin Haji Ibrahim dilahirkan pada 12 Mei 1937 di Kampung Permatang Berangan, Mukim Pinang Tunggal, Sungai Petani, Kedah. Beliaumendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Pinang Tunggal, selama lima tahun dengan mendapat Sijil Darjah Lima pada tahun 1948. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Maktab Mahmood, Alor Star Kedah dan memperoleh Sijil Menengah di Maktab tersebut pada tahun 1957. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya, Klang, Selangor dan berjaya memperoleh Ijazah Tinggi Kolej tersebut pada tahun 1962. Ijazah ini diakui oleh Universiti Al-Azhar Mesir setaraf dengan Ijazah Pertama Al-Azhar dan beliau meneruskan pengajiannya ke Universiti Al-Azhar serta memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Bahasa dan Sastera Arab pada tahun 1967. Atas nasihat pihak Pengurusan Tinggi Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menyambung pengajian di negara Barat iaitu ke Universiti St. Andrews, Scotland dalam bidang Pengajian Arab pada tahun 1972 dan mendapat Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1975. Beliau ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Penyelidik Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) oleh Allahyarham Tun Syed Nasir Ismail, Ketua Pengarah DBP sekembalinya beliau dari pengajian di Universiti Al-Azhar pada tahun 1971 dan beliau bekerja di sana selama tiga tahun. Sekembalinya dari Universiti St. Andrews, Scotland, dengan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1975, beliau dilantik sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM dan pada tahun 1978 hingga 1982, beliau telah menjawat jawatan Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM. Selain berkhidmat di UKM sebagai pensyarah, beliau pernah dipinjamkan ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1983, manakala pada tahun 1986 beliau menjawat jawatan sebagai profesor dan Pengarah Pusat Bahasa, UIAM. Pada tahun 1991, beliau menamatkan tugasnya di UIAM kerana dilantik sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang pertama (1992-2002). Beliau seterusnya dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi dari tahun 2005 hingga tahun 2008.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=