Majlis Konvokesyen ke-22 USIM | 2024
PENERIMA IJAZAHKEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH DA’WAH DAN PENGURUSAN ISLAM HONORARY DEGREE DOCTOR OF PHILOSOPHY IN DA’WAH AND ISLAMIC MANAGEMENT إ سلامية � إ دارة ال � شهادة الدكتوراه الفخرية في الدعوة وال Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir D ato’ Seri Dr. Abdul Aziz bin Sheikh Abdul Kadir dilahirkan pada 17 November 1942 dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah hingga darjah enam. Beliau kemudian menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan hingga memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau melanjutkan pengajian tinggi dalam Diploma of Agriculture di College of Agriculture, Serdang pada tahun 1961-1964. Kemudian beliau melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dari tahun 1965 hingga tahun 1969 dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Pertanian dan seterusnya Sarjana Sains pada tahun 1971 dan Doktor Falsafah di University of Winconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1974. Dalam usaha mempertingkatkan kepakaran beliau dalam bidang agrikultur atau pertanian, beliau terpilih mengikuti program sangkutan dalam Pengurusan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D Management) di University of Colorado, Denver, Amerika Syarikat pada tahun 1983 dan mengikut pengajian Advanced Management Programme di Harvard Business School, University Harvard pada tahun 1995. Kepakaran dan minat beliau dalam bidang agrikultur dan pertanian khususnya berkaitan getah begitu terserlah, beliau telah menyumbang khidmat bakti selama 35 tahun di Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) dengan jawatan terakhir sebagai Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia pada tahun 1999. Beliau memulakan kerjaya di RRIM sebagai Pegawai Penasihat Getah Daerah Seremban dan Pegawai Penyelidik RRIM pada tahun 1964. Berkat kegigihan dan kesungguhan melaksanakan tugas dalam membangun kepakaran berkaitan getah, beliau dilantik sebagai Ketua Bahagian PerlindunganTumbuhan danMikrobiologi di RRIM selama lima tahun dari tahun 1977 hingga tahun 1981 dan kemudiannya dilantik Penolong Pengarah, Jabatan Biologi RRIM selama dua tahun dari tahun 1981 hingga tahun 1983. Kebolehan kepimpinan beliau di RRIM terus mendapat perhatian dan pengiktirafan apabila dilantik sebagai Pengarah RRIM selama 10 tahun dari tahun 1986 hingga tahun 1997 dan terus mencurah bakti kepakaran apabila dilantik Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia selama dua tahun dari tahun 1998 hingga tahun 1999. Kepakaran dan kesungguhan beliau dalam bidang getah turut diiktiraf di peringkat antarabangsa
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=