E-BUKU KONVO 21 USIM
| Majlis Konvokesyen ke-21 USIM 51 Pada Julai 2002, beliau kemudiannya berhijrah sebagai seorang tenaga pengajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (kini dikenali sebagai Universiti Sains Islam Malaysia, USIM). Kepimpinan beliau dalam bidang pentadbiran terserlah apabila beliau dilantik sebagai Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang (FSU) pada 2002 dan terus berkhidmat sehingga 2012. Beliau merupakan salah seorang pelopor dalam penjenamaan semula nama Fakulti Syariah dan Kehakiman kepada FSU pada tahun berikutnya. Penjenamaan ini membuatkan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM lebih versatil dan universal setanding dengan universiti awam yang lain. Sepanjang tempoh sembilan tahun sebagai Dekan FSU, beliau banyak memperkenalkan sukatan pelajaran yang menekankan integrasi undang-undang sivil dan syariah. Beliau berpendirian pelajar jurusan undang- undang tidak seharusnya didedahkan dengan pemahaman konsep perundangan secara holistik dan sudut pandang sivil semata-mata. Melalui integrasi sivil dan syariah dan pemahaman mengenai udang-undang antarabangsa, para pelajar dapat dibentuk menjadi lebih cekal, kreatif dan kritis dalammenghadapi cabaran arus perdana. Antara usaha beliau termasuklah melibatkan para pensyarah dalam kursus organisasi antarabangsa seperti Asian African Legal Consultative Organization (AALCO) dan mengasaskan jurnal Malaysian Journal of Syariah and Law (MJSL) yang telah diindeks oleh Scopus. Sosok inspirasi yang banyak memberi pengaruh besar kepada beliau dalam mengetengahkan konsep integrasi ini ialah Allahyarham Profesor Tan Sri Ahmad bin Mohamed Ibrahim, tokoh perundangan sivil dan syariahyangmasyhur dengan gelaran Bapa PerundanganNegara. Beliau berhasrat untukmemanifestasikan idea dan pandangan Allahyarham dalam mengharmonikan dua sistem perundangan di Malaysia melalui saluran pendidikan di USIM. Usaha Profesor Dr. Hj. Abdul Samat Musa melalui kerjasama dan sokongan ahli akademik USIM yang lain membuahkan hasil kerana program Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah USIM mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) pada tahun 2011 dan pengiktirafan penuh daripada Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang, Malaysia (LKPU) pada tahun 2021. Dengan pengiktirafan ini, graduan Sarjana Muda Undang-undang dan Syariah USIM boleh beramal sebagai peguambela dan peguamcara seiring dengan graduan undang-undang di Malaysia. Sumbangan beliau kepada USIM tidak terhad kepada bidang akademik dan pentadbiran sahaja, beliau telah berjaya menjadikan USIM sebuah pusat penyelidikan dan perundingan fatwa melalui penubuhan Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) pada tahun 2003, di FSU. Sebagai Pengarah Pengasas INFAD, beliau telah memperkenalkan satu sistem pengeluaran fatwa yang lebih sistematik iaitu Fatwa Management System yang menjadi platform pengumpulan fatwa sedunia. INFAD, yang kini dikenali sebagai Institut Fatwa dan Halal (IFFAH) terus beroperasi sehingga ke hari ini dan menjadi salah satu institusi penting berperanan memberikan khidmat kepakaran untuk isu dan inovasi berkaitan fatwa kepada masyarakat. Oleh sebab komitmen dan kesungguhan beliau dalam mengharumkan nama USIM, beliau diberikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KUIM pada tahun selanjutnya. Hanya jauhari yang mengenal manikam, kepimpinan dan kefasihan ilmu yang beliau miliki dalam bidang agama dan perundangan turut mendapat perhatian institusi dalam dan luar negara. Pada tahun 2004, beliau menggalas tanggungjawab sebagai Ahli Panel Kajian Syariah dan menjadi ahli bagi Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM). Beliau juga dilantik menjadi ahli jawatankuasa Istilah Syariah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan terlibat secara aktif sebagai anggota Lembaga Editor Jurnal Undang-undang DBP bagi penerbitan dan penulisan berkaitan perundangan sivil dan syariah. Pada 2013, beliau berkumpul bersama ahli akademik yang lain dijemput menjadi pembentang kertas kerja bertajuk Human Rights in Shariah and International Instruments di Mekah anjuran MuslimWorld League bagi mempromosi citra dan fikrah integrasi perundangan sivil dan syariah. Hari ini, Profesor Dr. Hj. Abdul Samat Musa terusmenyumbang bakti sebagai FeloAkademik di Fakulti Syariah dan Undang-undang, USIM. Jasa beliau dalammenjenamakan semula Fakulti Syariah dan Undang-undang telah memberikan nafas baharu kepada aliran sistem pendidikan perundangan di Malaysia. Benarlah kata
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=