E-BUKU KONVO 21 USIM
PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS Recipient of Professor Emeritus Title الحاصل على لقب الأستاذية الفخرية PROFESOR DR. HJ. ABDUL SAMAT MUSA Profesor Dr. Hj. Abdul Samat Musa dilahirkan di Kota Bharu, Kelantan dan mendapat pendidikan menengah di Maahad Muhammadi, Kota Bharu. Beliau kemudiannya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) danmemperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam (Syariah dan Undang-undang) dan Diploma Pendidikan pada tahun 1976. Beliau pernah bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Benut, Johor sebelum diterima sebagai seorang tutor di universiti tempat beliau dahulu menuntut iaitu UKM. Pada tahun 1979, beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Malaya (UM) dan mula berkhidmat sebagai pensyarah tetap pada 1981. Karier Profesor Dr. Hj. Abdul Samat Musa sebagai pentadbir akademik bermula pada 1983 dengan pelantikan sebagai Penyelaras Program Diploma Pengajian Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Sekembalinya beliau daripada pengajian peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Undang-undang di Manchester pada 1989, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM sehingga Julai 1994. Beliau kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik sebelum menjawat jawatan Profesor Madya pada tahun 1997 dan Profesor Undang-undang Perbandingan (Syariah dan Sivil) pada 2002. Walaupunmenggalas perananpentingdalampentadbiran fakulti, jiwapendidikdalamdiri beliaumenjadikan beliau sentiasa aktif dalam penyeliaan dan pemeriksaan latihan ilmiah bagi pelajar prasiswazah. Tidak terhad di dalamuniversiti sahaja, beliau juga mengorak langkah mendekati masyarakat melalui penghasilan beberapa siri penulisan berfokus kepada topik agama dan perlembagaan yang kemudiannya diterbitkan di dalam buku, akhbar, dan majalah seperti "Pengasuh", "Utusan Kiblat" dan "Panji Islam".
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=