E-BUKU KONVO 21 USIM
Beliau telah melangkah ke USIM pada 2 Februari 2007 dengan jawatan Profesor dalam bidang kepakaran perakaunan, tadbir urus korporat dan shariah, serta percukaian di Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) pertama USIM dari 15 April 2013 hingga 14 April 2016, dan juga merupakan Dekan Penyelidikan dan Inovasi kedua dari 10 Disember 2010 hingga 14 April 2013. Sebelum itu, beliau pernah menjadi Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dari 3 Mei 2009 hingga 9 Disember 2010. Kini, beliau merupakan ahli Institut Percukaian Malaysia (CTIM). Beliau mengkhususkan diri dalam bidang tadbir urus korporat dan shariah, dan pernah menjalankan program latihan kepada staf di Bank Muamalat (M) Bhd. dan Malaysia Building Society Berhad (MBSB). Program latihan yang sama turut diadakan kepada Juruaudit, Pegawai Shariah, Pegawai Pematuhan, dan lain-lain di Muscat, Oman pada Disember 2017. Beliau memulakan program latihan Audit Shariah pertama yang diiktiraf oleh Agensi Akreditasi Kewangan (FAA) untuk Juruaudit Dalaman Bank, Eksekutif Shariah, dan Pegawai Pematuhan di Malaysia. Beliau juga ialah pembentang tetap dalam kebanyakan seminar bajet kebangsaan, persidangan, serta temu bual berkaitan bajet di televisyen dan radio. Terdapat banyak akhbar tempatan secara berkala menerbitkan pandangan dan pendapat daripada beliau mengenai ekonomi negara dan global, tadbir urus korporat dan isu-isu yang berkaitan. Beliau merupakan Profesor Pelawat pertama dari Malaysia di Pusat Penyelidikan Ekonomi, Universiti Nagoya, Jepun dari 15 April 2011 hingga 15 Jun 2011 dan di Universiti Aoyama Gakuin, Tokyo, Jepun dari 1 Februari hingga 15 Februari 2016. Beliau telah membentangkan kertas kerja dalam banyak persidangan antarabangsa dan menerbitkan pelbagai makalah dalam jurnal dan buku antarabangsa berkaitan bidang pelaporan kewangan dan perakaunan Islam, tadbir urus korporat Islam, Audit Shariah, cukai danwakaf. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Editorial dalam beberapa jurnal antarabangsa dan telah dilantik oleh universiti-universiti di Malaysia dan Australia sebagai Penilai Kurikulum dan Pemeriksa Luar untuk tesis PhD. Di USIM, bakti dan jasa beliau terserlah serta kehadirannya telah memberi impak besar kepada USIM khususnya Fakulti Ekonomi dan Muamalat. Sehingga kini, beliau masih bersemangat menabur bakti di USIM. Di atas peluang dan kesempatan ini, beliau berterima kasih kepada DYYM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud; Canselor USIM, Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi Universiti dan staf yang sentiasa menyokong dan membantu beliau selama ini. Mudah-mudahan diberkati dan akan terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan ummah. Professor Dato’ Dr. Mustafa bin Mohd Hanefah was born in Penang in 1956 and spent his growing years in Kulim, Kedah. He received his early education at Sekolah Kebangsaan Kulim until standard six. With excellent examination results achieved every year, he was qualified to continue his education at Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah and in which he completed his studies in 1975. In 1976, he enrolled into Politeknik Ungku Omar, Ipoh to pursue his studies in Diploma in Accounting and successfully graduated in 1979. His enthusiasm and awareness that education opens up endless opportunities for success, led him to continue his bachelor’s degree in Accounting at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and completed his studies in 1985.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=