E-BUKU KONVO 21 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-21 USIM 45 PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS Recipient of Professor Emeritus Title الحاصل على لقب الأستاذية الفخرية PROFESOR DATO’ DR. MUSTAFA MOHD HANEFAH Profesor Dato’ Dr. Mustafa bin Mohd Hanefah dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1956 dan dibesarkan di Kulim, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kulim sehingga darjah enam. Keputusan peperiksaan yang baik setiap tahun, melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim, Kedah sehingga tahun 1975. Pada tahun 1976, beliau memilih untuk ke Politeknik Ungku Omar, Ipoh bagi mengikuti Diploma Perakaunan sehingga tahun 1979. Berasaskan semangat dan kesedaran bahawa pendidikan membuka ruang dan peluang untuk berjaya, beliau meneruskan pendidikan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam program Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga tahun 1985. Pada tahun 1987, beliau telah melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Perakaunan di University of Wollongong, Australia. Kemudian, beliaumelanjutkan pengajian di peringkat PhD dalambidang perakaunan dan percukaian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerja kursus di University of Memphis, Tennessee, USA sehingga tahun 1997. Beliau telah berkecimpung selama beberapa tahun dalam kerjaya di industri dan jabatan kerajaan sebelum menyertai dunia akademik. Beliau pernah menjadi Pegawai Pendaftaran di Pejabat Pendaftaran Syarikat, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dari tahun 1980 hingga 1982, dan juga Pegawai Latihan di Bank Bumiputra (M) Bhd. dari tahun 1985 hingga 1986.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=