E-BUKU KONVO 21 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-21 USIM 39 Kerajaan Negeri Selangor dan juga projek penghasilan video pendek kesihatan bersama Tabung Haji. Beliau juga telah dijemput oleh syarikat Mundipharma untuk membuat pembentangan di persidangan antarabangsa di Hong Kong dan Filipina mengenai antiseptik. Terkini, beliau menerima pelawaan dari syarikat farmaseutikal GSK untuk mengadakan kajian berkaitan vaksin varisela. Melalui jalinan industri dan farmaseutikal yang dimiliki oleh beliau, syarikat-syarikat farmaseutikal dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) turut menyumbang kepada kejayaan penganjuran persidangan yang diadakan oleh FPSK, USIM. Beliau juga aktif memberi sumbangan idea dan kepakaran dalam melawan wabak COVID-19. Di peringkat awal pandemik, beliau telah membentuk satu kumpulan yang terdiri daripada pensyarah bidang kesihatan awam, mikrobiologi, kesihatan keluarga dan perubatan dalaman untuk menghasilkan 10 buah video mengenai COVID-19 dan juga vaksin. Video-video tersebut telah ditayangkan di media sosial, Youtube dan juga dikongsikan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kumpulan yang sama juga berjaya menghasilkan sebuah e-book mengenai topik yang sama. Di samping itu, Profesor Datin Dr. Che Ilina turut aktif memberikan ceramah COVID-19 di sekolah, masjid, pejabat dan media sosial. Beliau juga turut berpeluang bercakap mengenai COVID-19 dan hasil penyelidikan di dalam sesi yang dikendalikan oleh Profesor Muhaya di Facebook. Profesor Datin Dr. Che Ilina turut terlibat dalam projek penyelidikan berkaitan COVID-19 iaitu kajian klinikal di Pusat Perubatan UKM, kajian makmal di Universiti Malaya dan kajian survey mengenai kesedaran masyarakat mengenai COVID-19 dan vaksin secara dalam talian. Hasil penyelidikan tersebut telah menghasilkan beberapa artikel dalam jurnal termasuk yang berstatus Q1 dan turut dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Falsafah Profesor Datin Dr. Che Ilina ialah, Teamwork and sharing platforms with young lecturers towards development in their career pathways . Beliau mempunyai hubungan yang sangat baik dengan staf akademik dan bukan akademik, sering meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dan menjadi mentor kepada pensyarah-pensyarah di FPSK khususnya di Unit Mikrobiologi. Beliau sering memberi idea bernas dan menggalakkan pensyarah muda untuk menulis buku, menjalankan penyelidikan dan melakukan projek khidmat masyarakat. Malah beliau juga menjadi mentor kepada pensyarah-pensyarah dari luar USIM. Selain itu, beliau juga rapat dengan staf bukan akademik. Beliau banyak menganjurkan dan mencetuskan program-program seperti kelas memasak dan kelas menjahit yang dikendalikan oleh guru profesional. Profesor Datin Dr. Che Ilina tidak lokek berkongsi pelbagai ilmu masakan dan jugamenyumbang peralatanmemasak di bilik rehat FPSK. Kelas menjahit oleh staf FPSK telah berjaya menjahit beratus sarung bantal dan didermakan kepada pesakit kanser. Semasa awal pandemik COVID-19, staf-staf juga terlibat dalam projek menjahit Personal Protective Equipment (PPE) untuk kakitangan perubatan. Kelas memasak dan menjahit ini terbukti dapat mengeratkan hubungan antara staf akademik dan bukan akademik. Sifat beliau yang pemurah dan penyayang membuatkan beliau amat disayangi oleh pelajar- pelajar. Sifat keibuannya terserlah apabila berhadapan dengan para pelajar. Beliau sering menyumbang wang dan hadiah untuk pelajar cemerlang. Profesor Datin Dr. Che Ilina sangat mementingkan pembangunan soft skill pelajar; beliau memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan program i-Microb dan menggalakkan pelajar berfikiran kritis. Selain mikrobiologi, beliau juga terbabit dalam menganjurkan kursus “Empowering English Workshop for Medical

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=