E-BUKU KONVO 21 USIM

membekalkan vaksin bagi menjayakan program “catch up” vaksin hepatitis B dalam kalangan murid-murid di tujuh buah sekolah menengah sekitar Lembah Klang. Di peringkat kebangsaan, beliau banyak menyumbang dalam program imunisasi, surveilans, pendaftaran vaksin dan agen antivirus baharu yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Profesor Datin Dr. Ilina terlibat dalam merealisasikan perlaksanaan program vaksinasi hepatitis B dan rubela kebangsaan serta Influenza Pandemic Preparedness. Beliau mewakili Malaysia di Asia Pacific Committee of Influenza dan Steering Committee for the Control of Infectious Diseases in Asia. Beliau juga dilantik oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjalankan audit di beberapa universiti tempatan bagi memastikan standard pembelajaran dan pengajaran dipatuhi. Profesor Datin Dr. Che Ilina sering dijemput untuk menyampaikan kertas saintifik dan seminar kepada pengawai perubatan dan orang awam termasuk jemaah haji dalam promosi pengambilan vaksin semasa mengerjakan haji dan umrah. Beliau telah menerbitkan hampir 82 artikel jurnal, 20 tajuk buah buku dan membentangkan lebih 60 kertas kerja di seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Atas khidmat baktinya, pada tahun 2009, beliau telah menerima anugerah Paduka Setia Mahkota Kelantan (PSK), TokohWanita Kelantan 2020 dan Tokoh AkademiaWanita Universiti Kebangsaan Malaysia 2021. Profesor Datin Dr. Che Ilina merupakan salah seorang figura penting pada awal penubuhan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM. Beliau telah memberi sumbangan dalam pembentukan kurikulum subjek mikrobiologi semasa beliau masih bersama UKM. Setelah bersara, beliau menerima pelawaan Profesor Emeritus Dato’ Dr. Nik Nasri untuk memulakan karier di USIM pada Januari 2011. Di USIM beliau meluaskan sumbangan penyelidikan dalam Sains Islam melalui kerjasama dengan Institut Fatwa Sedunia (INFAD) USIM dan Halal Farmaseutikal bersama Halal Development Corporation (HDC).  Penerbitan buku praktikal mikrobiologi yang digunakan oleh pelajar perubatan dan pergigian di FPSK USIM juga merupakan cetusan idea beliau. Buku yang telah memasuki edisi kedua tersebut sangat membantu pensyarah dan pelajar dalam proses pembelajaran. Beliau juga telah bekerjasama dengan pensyarah-pensyarah muda dalam menghasilkan pelbagai buku berkaitan penyakit berjangkit yang menjurus kepada integrasi Naqli dan Aqli. Antaranya buku bertajuk “Penyakit Berjangkit Daripada Perspektif Islam” dan “Pencegahan Penyakit Berjangkit di Kalangan Jemaah Haji dan Umrah”. Beliau juga turut menulis beberapa bab dalam buku bertajuk “Adult Immunisation Guideline” yang dihasilkan oleh persatuan Malaysia Society of Infectious Diseases and Chemotherapy (MSIDC) untuk diguna pakai oleh pengamal perubatan di seluruh Malaysia. Selain itu, beliau juga merupakan pencetus idea bagi penganjuran program Kuiz Mikrobiologi di peringkat intervarsiti USIM yang dikenali sebagai i-Microb. Pertandingan yang diadakan setiap tahun bermula 2017, amat terkenal dalam kalangan pelajar dan pensyarah Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian di universiti awam dan swasta tempatan. Pertandingan ini menjadi platform kepada mahasiswa mengendalikan program di peringkat kebangsaan. Profesor Datin Dr. Che Ilina banyak bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal dan agensi luar dalam program kemasyarakatan dan penyelidikan. Antaranya ialah projek penyelidikan mengenai kebersihan tangan dalam kalangan kanak-kanak tadika bernilai RM60,000 dari Mundipharma Sdn Bhd, bengkel kawalan infeksi untuk guru-guru tadika mendapat tajaan RM8,000 daripada

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=