E-BUKU KONVO 21 USIM
| Majlis Konvokesyen ke-21 USIM 37 PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITA Recipient of the Title of Professor Emerita على لقب الأستاذية الفخرية الحائز PROFESOR DATIN DR. CHE ILINA CHE ISAHAK Profesor Datin Dr. Che Ilina dilahirkan di negeri Che Siti Wan Kembang pada 8 Januari 1952. Beliau telah berkahwin dengan rakan sekelas, iaitu Allahyarham Profesor Dr. Abd Samad Sakijan dan dikurniakan dua orang anak. Pendidikan awal yang diterima beliau ialah di Sekolah Zainab, Kota Bharu Kelantan, diikuti dengan Kolej Tunku Kursiah di Seremban sehingga ke tingkatan enam. Seterusnya, beliau mengikuti Program Kedoktoran Perubatan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan seterusnya, melanjutkan pelajarannya di London School of Hygiene Tropical Medicine dan Hammersmith Hospital, University of London dalam bidang mikrobiologi. Selain itu, beliau juga menjalani latihan dalam bidang virologi di Kings College, London dan menamatkan kursus Advance Vaccinology Course di Annecy, Perancis. Beliau telah berkhidmat di Jabatan Mikrobiologi dan Imunologi Fakulti Perubatan dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 32 tahun dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Mikrobiologi, Timbalan Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dan Doktor Kawalan Jangkitan. Bidang penyelidikan beliau ialah penyakit berjangkit khususnya vaksinologi, epidemiologi, penyakit berjangkit yang boleh dicegah oleh vaksin seperti rubela, hepatitis B dan hepatitis A, infeksi virus papilloma manusia, infeksi herpes simplex, varisela, denggi, influenza dan meningitis meningokokal. Sumbangan beliau kepada masyarakat setempat juga tidak dapat dinafikan apabila berjaya mendapat sokongan daripada syarikat GSK (GlaxoSmithKline) untuk
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=