E-BUKU KONVO 21 USIM
Encik Yousef Jameel juga merupakan Pengerusi Kumpulan Yousef Abdul Latif Jameel yang memberikan 100% komitmen terhadap kelestarian, organik dan pertanian mesra alam. Syarikat ini telah menanam 300,000 pokok kurma di Qassim dan Madinah dan bakal menjadi salah sebuah ladang kurma terbesar di dunia. Sebagai langkah pengembangan syarikat, EncikYousef Jameelmelalui syarikat kumpulannya telahmelabur dalam pembangunan teknologi phytopharmaceuticals dan semiconductor . Salah satu daripada syarikat kumpulan iaitu, Unisantis Electronics Singapore Pte Ltd. sedang bekerjasama dengan IMEC Belgium untuk pembangunan transistor tiga dimensi yang akan membentuk tulang belakang cip berkuasa tinggi serta memori baru. Allahyarham Sheikh Abdul Latif Jameel, bapa kepada Encik Yousef Jameel telah menerapkan kepentingan pendidikan untuk berjaya dalam kehidupan. Berdasarkan kepada pegangan tradisi dan kepercayaan ayahanda beliau, Encik Yousef Jameel telah berbesar hati menaja pendidikan, penyelidikan saintifik dan kesenian. Sejak tahun 2004, Encik Yousef Jameel telah membiayai secara persendirian program biasiswa yang komprehensif yang telah memberi manfaat kepada hampir 400 orang pelajar Doktor Falsafah (Ph.D), Sarjana dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di seluruh dunia dalam bidang sains, perniagaan dan seni. Encik Yousef Jameel telah turut menubuhkan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi dan Sekolah Perniagaan di The American University di Cairo yang menumpukan kepada penyelidikan nanoteknologi. Bagi USIM, Encik Yousef Jameel telah membiayai biasiswa lebih satu juta Dolar Amerika Syarikat untuk program pascasiswazah sejak tahun 2016. Dijangka biasiswa itu akan berterusan sehingga tahun 2030. Encik Yousef Jameel kini memberikan khidmat nasihat dan hala tuju perniagaan kewangan dan pengurusan kepada ahli keluarga beliau untuk meneruskan legasi yang terbina sejak sekian lama. Sumbangan beliau dalammengembangkan perniagaan dan memartabatkan pendidikan di seluruh dunia sewajarnya diberikan pengiktirafan agar menjadi contoh dan teladan kepada semua. Mr. Yousef Jameel is the eldest son of Mr. Abdul Latif Jameel. His father, Mr. Abdul Latif Jameel founded the Abdul Latif Jameel Company, an organization which its primary business was the distribution of Toyota vehicles in the Kingdom of Saudi Arabia. For many years Toyota has maintained a pre-eminent position as the leading brand of motor vehicles sold in Saudi Arabia. Mr. Yousef Jameel received his Degree in Economics from The American University of Cairo in 1968. He was awarded an Honorary Doctorate (Hon. LHD) from the same university in 2008. After completing his higher education, he spent seven months in Japan on technical and management training in order to gain more knowledge. He then joined the family business working in Saudi Arabia. During his tenure as the CEO of the Jameel Group for about ten years, he established Toyota’s sales and after-sales service network in Algeria. In the 1970’s, he set up an office in Europe where he went on to establish a shipping business and owned, at one time, over 20 vessels. He also established commercial property portfolio in the United States, United Kingdom and France. In the 1990’s, Mr. Yousef Jameel and his management team in France successfully acquired Hartwell Plc., a multi franchise vehicle retailer in the United Kingdom. Mr. Yousef Jameel then returned to Saudi Arabia to direct and guide the business of Consumer Electronics Division as well as the Company’s Construction team in Saudi Arabia for the development of hotels and property. Mr. Yousef Jameel is the Chairman of the Board of Abdul Latif Jameel Real Estate Co. (“ALJREIC”)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=