E-BUKU KONVO 21 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-21 USIM 33 PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT Recipient of Honorary Degree Award, Faculty of Economics and Muamalat الحائز على الشهادة الفخرية الدكتوراه في الاقتصاد والمعاملات ENCIK YOUSEF JAMEEL Encik Yousef Jameel merupakan anak sulung kepada Encik Abdul Latif Jameel. Beliau telah mengasaskan Syarikat Abdul Latif Jameel iaitu sebuah syarikat pengedaran kereta jenama Toyota bagi kerajaan Arab Saudi. Selama bertahun-tahun, Toyota telah mengekalkan kedudukan terkemuka sebagai jenama utama kenderaan bermotor yang dijual di Arab Saudi sehingga kini. EncikYousef Jameelmenerima Pendidikan SarjanaMuda Ekonomi daripadaTheAmericanUniversityof Cairo pada tahun 1968. Beliau kemudiannya telah dianugerahkan Ijazah Kehormat daripada universiti yang sama pada tahun 2008. Setelah menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi, beliau menghabiskan masa di Jepun menghadiri latihan pengurusan dan teknikal bagi meningkatkan ilmu pengetahuan. Setelah itu, beliau kembali ke Arab Saudi untuk menguruskan perniagaan keluarganya. Berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Jameel Group, beliau telah berjaya menubuhkan cabang jualan dan khidmat selepas jualan bagi jenama Toyota di Algeria. Pada tahun 1970-an, Encik Yousef Jameel telah menubuhkan syarikat perniagaan perkapalan di Eropah dan memiliki lebih 20 buah kapal perdagangan. Beliau juga telah menambah portfolio dalam bidang hartanah komersial di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis. Pada tahun 1990-an, Encik Yousef Jameel dan pasukan pengurusan di Perancis berjaya membeli syarikat Hartwell Plc., sebuah syarikat peruncitan kenderaan francais di United Kingdom. EncikYousef Jameel kemudiannya pulang keArabSaudi untukmengetuai perniagaan di bahagian pengguna elektronik serta membangunkan pembinaan hotel dan hartanah. Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Abdul Latif Jameel yang berpengkalan di Mekah. Syarikat tersebut membangunkan pelan induk pembinaan hotel yang dijangka menawarkan kemudahan bilik berjumlah 7,000 unit kepada jemaah haji dan umrah di Mekah. Pada tahun 2014, fasa pertama pembinaan hotel bertaraf lima bintang iaitu Anjum Hotel yang memiliki 1,743 unit bilik dan suite telah berjaya disiapkan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=