E-BUKU KONVO 21 USIM

Allah berfirman dalam Surah Sad ayat 26 bermaksud: "Wahai Daud, sesungguhnya Kami menjadikanmu khalifah di bumi maka jalankanlah hukumdi antara manusia dengan (hukumsyariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Graduan USIMPemangkinMasyarakat Madani - Graduan USIM ialah graduan yang diperlengkap dengan ilmu, disiplin serta takwa sebagai role model kepada Masyarakat Madani yang disulami nilai insani supaya tidak terjebak dengan kebejatan sosial, pecahamanah serta rasuahdalamkalangan pemimpin negara pada masa hadapan. - Graduan USIM mencerminkan graduan yang berilmu, berkepemimpinan dan profesional yang kompeten berasaskan tradisi keilmuan Islam, nilai–nilai luhur agama dan budaya wadah kesejahteraan Masyarakat Madani. - Graduan USIM ialah pemimpin pada hari muka, aset kepada negara, sumber kekuatan negara serta menentukan corak kepimpinan yang diperlukan dalam Masyarakat Madani untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara. - Graduan USIM cemerlang ialah graduan yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi, memilik daya tahan fizikal mental didasari dengan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Pencipta, sekali gus menjadi pemangkin pembentukan Masyarakat Madani yang harmoni. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan hamba adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=