KONVOKESYEN KE-20 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-20 USIM 49 Pemasaran di sebuah syarikat percetakan dan pengedaran buku-buku berkaitan Pendidikan al-Quran dan sebagai Ketua Pegawai Dakwah di sebuah syarikat pewarisan harta Islam. Beliau telah mengendalikan pelbagai seminar, bengkel dan kursus sejak mula berkhidmat selepas kembali dari Baghdad khasnya berkaitan Pendidikan al-Quran. Beliau juga pernah dilantik sebagai jurulatih utama bagi sebuah kaedah membaca al-Quran dari Indonesia untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei. Dengan terhasilnya Teknik Al Baghdadi, ramai telah mula kembali memugar minat membaca al-Quran bahkan sehingga khatam membaca 30 juzuk al-Quran dan ada juga yang mula menghafal surah-surah pilihan. Beliau menubuhkan Al Baghdadi Method Sdn. Bhd. pada Januari 2011 untuk mengembangkan produk inovasi TeknikAl Baghdadi. Sehingga kini, terdapat lebih 100 produkyang dihasilkan untuk perkembangan Pendidikan al-Quran bermula dari peringkat taska, tadika, sekolah rendah, remaja, dewasa, warga emas dan ibu hamil. Pada Mei 2012, beliau telah menubuhkan Akademi Al Baghdadi Sdn. Bhd. bagi melahirkan guru al-Quran profesional khasnya bagi memenuhi keperluan guru di rangkaian Al Baghdadi. Pada Mac 2013, dengan hasrat mengembangkan lagi tawaran Teknik Al Baghdadi ke seluruh negara, Al Baghdadi Group Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi menghasilkan program untuk pembukaan Pusat Pembelajaran Al Baghdadi. Bermula dengan Al Baghdadi Learning Centre (pusat mengaji) dibuka pula Al Baghdadi Playtime Centre (tadika), Al Baghdadi Childcare Centre (taska) dan Sekolah Rendah Integrasi Tahfiz Nadi Al Baghdadi. Kini, terdapat lebih 500 Pusat Pembelajaran Al Baghdadi di seluruh negara yang menawarkan pendidikan al-Quran pada peringkat taska, tadika, sekolah rendah, remaja, dewasa, warga emas dan ibu hamil. Pada September 2016, beliau menubuhkan Neuro Nadi International sebuah jenama Pendidikan al- Quran Al Baghdadi di peringkat antarabangsa dan kini telah dibuka pusat pengajian Neuro Nadi di Brunei, Indonesia dan Singapura. Kini terdapat lebih 5000 pelajar di peringkat antarabangsa yang sedang belajar di Pusat Pengajian Neuro Nadi. Sejak awal penubuhan Al Baghdadi, beliau telah menubuhkan Yayasan Al Baghdadi bagi menawarkan program pendidikan al-Quran Al Baghdadi secara percuma kepada anak yatim, saudara baru, orang asli, ibu tunggal, warga emas dan asnaf. Program kebajikan lain seperti bantuan bencana banjir, program kembali ke sekolah, waqaf al-Quran dan lain-lain juga dijalankan. Al Baghdadi telah menerima pelbagai pengiktirafan daripada badan pengiktirafan sama ada swasta atau kerajaan. Pencapaian tertinggi ialah Gold Medal di Anugerah Harta Intelek Malaysia anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Selain daripada Malaysia Book of Records, Al Baghdadi melalui Neuro Nadi International juga telah menerima pengiktirafan daripada Brunei Book of Records bagi 17 kategori yang dicalonkan. Pengiktirafan ini tidak lain tidak bukan menjadi bukti kesungguhan beliau memperjuangkan teknik pembelajaran al-Quran jenama Malaysia ke seluruh dunia. Selain daripada pembangunan Al Baghdadi dan selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al Baghdadi, beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Muzium Negeri Pahang, Ahli Lembaga Badan Penasihat Fakulti Pengajian Islam UKM dan Ahli Lembaga Penubuhan Akademik (Sarjana Mod Campuran) Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM. Penglibatan beliau dalam bidang Pendidikan al-Quran adalah signifikan apabila berjaya mengembalikan semula kemeriahan program Pendidikan al-Quran dalam kalangan masyarakat, melahirkan guru al- Quran dalam kalangan profesional seperti jurutera, doktor, akauntan dan lain-lain bidang akademik serta melahirkan pelajar khatam al-Quran seawal usia 5 dan 6 tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=