KONVOKESYEN KE-20 USIM
| Majlis Konvokesyen ke-20 USIM 43 Di peringkat antarabangsa, selain dilantik sebagai arkitek Masjid Negara Republik Maldives, beliau telah dianugerahkan Certificate of City Planning dari Jepun pada tahun 1974. Berdasarkan kepakaran beliau dalam bidang pemuliharaan dan pemulihan bangunan, beliau turut dianugerahkan Penguin Prize oleh Kerajaan Norway pada tahun 1985 serta dilantik sebagai Presiden International Council of Monuments and Sites (ICOMOS) Malaysia dari tahun 2013 hingga tahun 2020. Sumbangan utama beliau kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) khasnya adalah menerusi penglibatan beliau dalam penyediaan Cadangan Konsep Pembangunan Kampus Induk Tetap Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) yang membawa kepada kelulusan pembangunan USIM di Kampus Nilai. Hajeedar and Associates Sdn. merupakan syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk Cadangan Konsep Pembangunan Kampus IndukTetap KUIM. Beliau telahmembuat pembentangan konsep kepada pihak KUIM pada Julai 2000 dengan menerapkan ciri-ciri serta pentakrifan nilai dan jiwa kesenian Islam. Konsep abstrak “KeEsaan” yang diterjemahkan dengan menggunakan unsur-unsur seni sebagai sumber ilham dihuraikan dengan terperinci dalam Laporan Konsep dan Pelan Induk KUIM. Selain itu, beliau turut menerapkan idea reka bentuk yang menekankan pembangunan hijau dan lestari menerusi reka bentuk kampus berpusat, pengekalan kawasan hijau, kampus mesra pengguna dan reka bentuk “bangunan rendah” bagi memberi tindak balas positif ke atas alam sekitar. Bagi komponen fizikal pula, reka bentuk kampus yang dicadangkan merangkumi pintu masuk utama, bukit universiti, tasik, kediaman pelajar, lingkaran universiti, dewan besar, masjid, kediaman kakitangan dan bangunan penyelenggaraan. Selain berperanan sebagai arkitek yangmenyediakan Pelan Konsep KUIM, beliau juga arkitek yang bertanggungjawab mereka bentuk dan membangunkan bangunan fakulti yang pertama iaitu Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Beliau turut memberi sumbangan dan menyokong perkembangan Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, USIM. Dato’ Ar. Haji Hajeedar seorang figura yang sangat dihormati dalam bidang alam bina amnya dan seni bina khasnya. Sebagai pemimpin, beliau ialah individu yang berintegriti tinggi, sentiasa tegas memperjuangkan yang hak dalam isu seni bina. Ada yang mengenalinya sebagai interactive walking encyclopedia kerana pengalaman dan ilmunya yang sangat luas dalam pelbagai aspek terutama seni bina dan alam bina. Penglibatan beliau dalam dunia seni bina lebih 50 tahun telah memberi impak besar kepada masyarakat dan pemimpin negara di sepanjang kariernya. Born in 1945 in Kuala Lumpur, Dato’ Ar. Haji Hajeedar bin Haji Abdul Majid is a prominent figure in the world of architecture for more than 50 years. He received his early education at Pasar Road Primary School, Kuala Lumpur and continued his studies at Plymouth Polytechnic (Devon), United Kingdom in 1966, prior to completing his studies in 1972 at Portsmouth Polytechnic (Hampshire) United Kingdom specialising in conservation and urban planning. He embarked on a career as an Architect at the Urban Development Authority (UDA) in 1974 and subsequently founded his own architectural firm in 1978, known as Hajeedar and Associates Sdn. Dato’ Ar. Haji Hajeedar has held various positions throughout his involvement in the field of architecture which include being: 1. appointed as theArchitect Advisor to Kuala Lumpur CityHall from 1985 to 1992, AdvisoryCouncil for National Identity from 1979 to 1995 and Honorary Consul for the Republic of Maldives in Malaysia.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=