KONVOKESYEN KE-20 USIM

1. Dilantik sebagai Arkitek Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dari tahun 1985 hingga tahun 1992, Majlis Penasihat untuk Identiti Kebangsaan dari tahun 1979 hingga tahun 1995 dan Konsul Kehormat untuk Republik Maldives di Malaysia. 2. Ahli aktif Lembaga Arkitek Malaysia (LAM), Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) dan pernah dilantik sebagai Presiden PAM dari tahun 1985 hingga tahun 1987. 3. Berdasarkan kepakarannya dalam bidang seni bina, beliau dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Senibina, Universiti Putra Malaysia (UPM) dari tahun 2006 hingga tahun 2015. 4. Felo PAM pada tahun 2009, Felo Contruction Industry Development Board (CIDB) pada 2015 serta Ahli Majlis PAM dari tahun 2019 hingga tahun 2020. Selain itu, sumbangan beliau dalam industri seni bina menerusi pelbagai projek terkemuka di Malaysia memberikan satu transformasi besar kepada imej dan identiti seni bina negara. Berikut merupakan penglibatan beliau dan projek yang memberi impak kepada bidang seni bina negara dan antarabangsa: 1. Terlibat dalam kerja-kerja pemuliharaan dan pemulihan bangunan seperti dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur, Industrial Courts , Pusat Infokraf, Chartered Bank, Muzium Kuala Lumpur serta kerja pemuliharaan dan penyesuaian semula Carcosa Seri Negara. 2. Mereka bentuk bangunan komersil seperti Bank Pembangunan, Menara Berkembar MNI, Ibu Pejabat Wilayah Telekom, Dataran Maybank, PNB Serviced Apartment dan Bangunan Tabung Haji di Ipoh. 3. Mereka bentuk lebih 14 masjid dan surau, antaranya Masjid Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar, Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Petaling Jaya, Surau Presint 8 Putrajaya dan Pusat Islam. 4. Kejayaan beliau dalam membangunkan Masjid Abu Bakar As-Siddiq yang diprototaipkan sebagai masjid moden (memenuhi ciri-ciri pusat komuniti untuk solat, beraktiviti sosial dan sebagai pusat ilmu) telah mengangkat nama beliau untuk dijemput khas dan dilantik sebagai arkitek bagi Masjid Negara di Republik Maldives oleh Presiden Maldives pada tahun 1982. Projek ini dianggap sebagai first ever Malaysia export of professional service. 5. Terlibat secara langsung dalam turnkey zero cost construction bagi bangunan Kedutaan Malaysia di Bangkok pada tahun 1994. 6. Mereka bentuk bangunan Kementerian Dalam Negeri di Jalan Duta, Kampus Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM), Taman Tema Kidzania di Petaling Jaya, Brunsfield Residency di Ampang, Istana Negeri Sembilan dan Royal Chulan Cherating Chalet. Kecemerlangan beliau dalam bidang seni bina membolehkan beliau dikurniakan beberapa anugerah Diraja: 1. Ahli Mangku Negara (AMN) oleh DYMM Yang di Pertuan Agong pada tahun 1978. 2. Anugerah Darjah Kebesaran Sharafuddin Idris Shah (DSIS) oleh DYMM Sultan Selangor pada tahun 2009. 3. Anugerah Darjah Setia Tuanku Muhriz Yang Amat Gemilang (DTSM) oleh DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2016.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=