KONVOKESYEN KE-20 USIM
Sejumlah penyelidikan beliau telah diterbitkan dalam jurnal berimpak tinggi dalam bidang nutrisi ikan dan akuakultur . Kesemua penerbitan ini berkaitan dengan penyelesaian biologi, cabaran sosial dan etika. Penerbitan ini telah diiktiraf sebagai sumbangan yang signifikan terhadap kemajuan dalam akuakultur global. Beliau telah menerbitkan lebih daripada 70 artikel jurnal dan mencapai H-Index 24. Selain itu, beliau telah menghasilkan lima judul buku yang diterbitkan oleh USM dan Dewan Bahasa & Pustaka. Di peringkat antarabangsa, beliau aktif dalam Asian Fisheries Society selaku Ahli Majlis selama 10 tahun dan telah dilantik sebagai Setiausaha Agung di Mesyuarat Majlis ke-9. Beliau turut menerima Anugerah Merit atas sumbangan kepada persatuan tersebut dan sumbangan terhadap perkembangan akuakultur di Asia. Ketika di USM, beliau dilantik sebagai Dekan, Institut Pengajian Siswazah dan Pengerusi Majlis Dekan-dekan Pascasiswazah Malaysia. Sehingga kini beliau masih aktif sebagai ahli dalam rangkaian pendididik pascasiswazah iaitu Forces and Forms of Doctoral Education yang berpusat di Amerika Syarikat. Pada 2013, beliau menyambung bakti di USIM sebagai profesor dalam Program Bioteknologi Makanan di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) sehingga bersara pada 2020. Di FST, beliau ditugaskan mengajar kursus Biokimia, Teknologi Enzim& Fermentasi dan Kaedah Penyelidikan. Di USIM, beliau dilantik sebagai Pengarah Pengasas USIM Alamiyyah dari 2013-2016. Sebagai Pengarah, beliau memperkenalkan program Internationalisation@Home dan Rangkaian Global Sekolah Islam yang dikenali sebagai iGSN. Seterusnya, beliau diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi (TNC P&I) bermula 1 Disember 2016 hingga 30November 2019. Dalammenggalas amanah sebagai TNC (P&I), beliau komitedmemartabatkan USIM sebagai sebuah universiti Islam yang mengamalkan maqasid syariah melalui aktiviti penyelidikan dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dan selari dengan universiti yang berjiwa, pendidikan untuk kebaikan awam serta Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals). Beliau mengorak langkah dengan memperkenalkan “roadmap” melalui Pelan Penyelidikan 10 Tahun yang menekankan pembudayaan penyelidikan dan memudah cara proses tersebut untuk membantu ahli akademik USIM. Sumbangan daripada para pensyarah dalam sastera dan kemanusiaan yang berkaitan dengan Islam telah diketengahkan melalui Kerangka Pengkategorian Jurnal USIM. Kerangka eksklusif USIM ini mempertimbangkan jurnal ternama dalam bahasa Arab dan Melayu yang tidak diiktiraf di Scopus, tetapi diterima dalam kenaikan pangkat di USIM. Beliau turut mengaplikasi maqasid syariah dalam instrumen audit penyelidikan bagi menilai prestasi kumpulan-kumpulan Penyelidikan dan Pusat Kecemerlangan USIM. Usaha ini disusuli dengan konsep Inkubasi Kumpulan Penyelidikan bagi memupuk ke arah penubuhan Pusat Kecemerlangan. Dalam masa tiga tahun, skor MyRA telah melonjak 5% daripada 60.27% pada 2016 kepada 65.65% pada 2019. Penerbitan keseluruhan staf akademik telah meningkat sebanyak 75% dan kejayaan permohonan geran penyelidikan telah meningkat 50%. Kerjasama dengan Perpustakaan USIM sebagai saluran ilmiah telah mewujudkan Polisi Akses Terbuka menjadikan USIM universiti awam yang pertama di Malaysia yang menawarkan khidmat ini. Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) yang disaran oleh PBB, beliau telah bertanggungjawab menubuhkan Pusat Kelestarian dan Kesejahteraan (C4SS) di Taman Mizan USIM.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=