KONVOKESYEN KE-20 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-20 USIM 35 PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITA Recipient of the Title of Professor Emerita على لقب الأستاذية الفخرية الحائز PROFESOR DATO` DR. ROSHADA HASHIM Profesor Dato` Dr. Roshada Hashimdilahirkan pada 20 Ogos 1960 dan dibesarkan di Sungai Petani, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Father Barre’s Convent, dan Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani. Beliau kemudian melanjutkan pendidikan Ijazah Pertama dan Ijazah Kedoktoran di Universiti of Salford, United Kingdom. Kerjaya akademik beliau telah menjangkau 34 tahun dan telah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) selama 27 tahun sebelum berhijrah ke USIM pada 2013 sehingga bersara wajib pada 2020. Kepakaran sebagai seorang ahli biokimia klinikal telah beralih ketika memulakan tugas dalam bidang nutrisi ikan. Pada tahun 2006, beliau telah menubuhkan Kumpulan Penyelidikan Akuakultur di USM. Keazaman beliau untuk mengetengahkan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) yang disaran oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diterjemahmelalui usaha gigih beliau dalam meningkatkan pengeluaran ikan serta kualiti kehidupan para penternak. Sebagai pensyarah dan profesor dalam nutrisi ikan, beliau telah menyelia 11 orang pelajar PhD dan 15 orang pelajar sarjana dan memperoleh lebih 20 geran penyelidikan berjumlah sekitar RM8 juta sepanjang berkhidmat di USM. Tidak ketinggalan juga peranan beliau sebagai pakar runding dalam 20 projek dalam bidang akuakultur dengan agensi-agensi kerajaan, tempatan dan antarabangsa. Kumpulan penyelidikan yang beliau terajui telah berjaya mengkomersialkan sistem Tangki Kanvas Mudah Alih untuk pengeluaran komesial ikan air tawar pada 2012 yang masih digunakan oleh para penternak hingga ke hari ini.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=