KONVOKESYEN KE-20 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-20 USIM 31 PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITA Recipient of the Title of Professor Emerita على لقب الأستاذية الفخرية الحائز PROFESOR DR. HAYATI ABD RAHMAN Profesor Dr. Hayati Abd Rahman dilahirkan di Butterworth pada tahun 1955. Beliau merupakan anak ke-9 daripada 10 orang adik-beradik yang bertuah dibesarkan oleh ibu bapa yang bergelar guru. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Convent, Butterworth dan menamatkan pendidikan sekolah menengahnya di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban. Seterusnya, meneruskan pengajian perubatannya di University of Alexandria, Mesir dari tahun 1973 hingga 1979. Patologi sentiasa menjadi minat beliau semenjak di sekolah perubatan lagi. Setelah selesai latihan perubatan dan bergelar doktor selama beberapa ketika, beliau menyertai Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pensyarah pelatih. Beliau telah mengikuti latihan patologi anatomikal di Hospital Hammersmith, University of London. Bergelar pakar patologi kedua dalam keluarganya, beliau mempunyai minat yang mendalam dalam bidang berkaitan bayi dan plasenta. Dengan Biasiswa Balabriga dari Switzerland, beliau telah menyertai program sangkutan dalambidang patologi plasenta dan perinatal di QueenVictoriaWomen and Children Hospital, Adelaide, Australia Selatan. Sebagai pakar patologi perinatal yang pertama dan satu-satunya di Malaysia, perjalanan beliau sangat mencabar. Pada tahun 2004, beliau telah menubuhkan Unit Perinatal pertama dalam negara yang menjadi pusat rujukan bagi Malaysia, Brunei dan Indonesia. Profesor Dr. Hayati telah berkhidmat sebagai pakar perunding patologi perinatal di kebanyakan hospital termasuk Hospital Selayang, Serdang dan Gleneagles serta di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UKM. Di USIM, beliau pernah dilantik sebagai penyelaras perubatan forensik dan sehingga kini kekal sebagai profesor patologi tersohor. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan Patologi, Fakulti Perubatan,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=