KONVOKESYEN KE-18 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-18 USIM 23 Kredibiliti beliau semakin terserlah apabila beliau telah dilantik sebagai Pakar Perubatan Respiratori untuk DYMM yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 2005 hingga 2006. Selain itu, beliau juga merupakan Pakar Perunding Pelawat (perubatan dalaman dan respiratori) Hospital Pakar Ampang Putri pada tahun 2007. Pada tahun 2009, beliau meninggalkan bidang akademik sebagai Pensyarah Perubatan (respiratori) untuk berkhidmat sebagai Pakar Perunding Perubatan Dalaman, Respiratori dan Sleep Medicine di Hospital Pakar KPJ Johor Bahru. Minat yang tinggi dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan mendorong beliau untuk menyertai MERCY pada tahun 2003. Kepimpinan beliau dalam MERCY semakin menyerlah apabila dilantik sebagai ahli exco pada tahun yang sama. Dato’ Dr. Ahmad Faizal sekali lagi diberi kepercayaan oleh ahli MERCY apabila beliau dilantik sebagai Presiden MERCY pada tahun 2009 sehingga kini. Sepanjang bersama MERCY, beliau telah mengetuai MERCY Malaysia’s Drug Rehabilitation and Assistance Programme dari tahun 2003 hingga 2006. Program mulia ini bertujuan untuk membantu penagih-penagih dadah melalui proses pemulihan dan juga persediaan setelah bebas daripada najis dadah. Selain itu, beliau juga merupakan ahli lembaga Humanitarian Fund (HIF) dan juga Advanced Training Programme on Humanitarian Action (ATHA). HIF merupakan suatu dana antarabangsa yang ditubuhkan untuk membantu aktiviti-aktiviti kemanusiaan melalui jaringan kerjasama, kajian dan inovasi. Dato’ Dr. Ahmad Faizal telah menyertai pelbagai aktiviti kemanusiaan dan perubatan di serata dunia. Sebahagian aktiviti yang telah beliau sertai ialah seperti di Sri Lanka (2003), Iran (2004), Sudan (2004, 2008), Indonesia (2005, 2006), Pakistan (2005), Myanmar (2008), Syria (2013), Filipina (2013) dan Turki (2017). Pencapaian beliau yang terbesar dalam aktiviti kesukarelawan adalah apabila beliau dilantik sebagai warga Asia pertama menjadi Pengerusi International Council of Voluntary Agencies (ICVA). ICVA merupakan salah satu daripada tiga konsortium organisasi bukan kerajaan (NGO) yang menyertai Inter-Agency Standing Committee (IASC). IASC ialah badan utama yang bertanggungjawab membuat sesuatu keputusan penting berkenaan aktiviti-aktiviti kemanusiaan secara global yang dipengerusikan oleh Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) di bawah kelolaan Setiausaha Agung Hal Ehwal Kemanusiaan. Dato’ Dr. Ahmad Faizal jugamerupakan Pengerusi Professional inHumanitarianAction and Protection (PHAP). PHAP merupakan sebuah jaringan antarabangsa terbesar yang melibatkan individu-individu profesional dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan. Hasil sumbangan beliau dalam aktiviti kemanusiaan di dalam dan luar negara, telah melayakkan beliau dikurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh DYMM Sultan Azlan Shah pada tahun 2010. Dato’ Dr. Ahmad Faizal Bin Mohd Perdaus is a medical doctor with a resilient and indomitable spirit. His deep concern with global issues has led him to actively participate in humanitarian works. His humanitarian works are well received by the global community, resulting in his appointment as the Chairman of the Malaysian Medical Relief Society (MERCY) in 2009, a post he still currently holds.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=