KONVOKESYEN KE-18 USIM

DOKTOR FALSAFAH SAINS PERUBATAN Doctor of Philosophy in Medical Science الدكتوراه في العلوم الطبية DATO’ DR. AHMAD FAIZAL MOHD PERDAUS Dato’ Dr. Ahmad Faizal Bin Mohd Perdaus merupakan seorang doktor perubatan yang berjiwa kental dan bersemangat waja. Keperihatinan beliau terhadap masalah-masalah global di dunia menyebabkan beliau sangat aktif dan dikenali dalam aktiviti-aktiviti bantuan kemanusiaan. Penglibatan beliau dalam aktiviti bantuan kemanusiaan diterjemahkan dengan baik apabila beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden, Malaysian Medical Relief Society (MERCY) dari tahun 2009 sehingga kini. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Perubatan (MD) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1989. Karier Dato’ Dr. Ahmad Faizal bermula sebagai pelatih doktor pakar di UKM dari tahun 1996 hingga 2000. Setelah menerima ijazah kepakaran dalam Perubatan Dalaman (M.Med) UKM, beliau menamatkan subkepakaran dalam bidang respiratori di universiti yang sama pada tahun 2003. Sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Perubatan di UKM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan pada tahun 2004. Pada tahun 2006 hingga 2007, beliau juga telah dilantik sebagai Fellow of Sleep and Circadian Research Group , Woolcock Institute of Medical Research, Sydney Australia. PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=