KONVOKESYEN KE-19 USIM

Beliau mula melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan dakwah semenjak pengajiannya di universiti. Beliau pernah memimpin Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar lslam Malaysia (PKPIM) di samping Persatuan Mahasiswa lslam Universiti Malaya (PMIUM). Beliau kemudiannya menerajui Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sebagai presiden ketiga dari tahun 1983 hingga 1991. Beliau juga merupakan mantan Presiden WADAH pada tahun 2005 hingga 2015. Dato’ Dr. Siddiq ialah Felo Akademik dan Ketua Panel Penulis Modul Pengurusan Tauhidik dan buku Pengurusan lslami: Menghayati Nilai-nilai Qur’ami, Yayasan Pembangunan Ekonomi IslamMalaysia (YaPElM). Dalam bidang akademik, beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah UKM sejak tahun 1974 hingga 2001. Atas jasa yang beliau telah taburkan, beliau telah dikurniakan pingat Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM) pada tahun 1995 dan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2001 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Jasa bakti beliau terus dihargai dengan diberikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak pada tahun 2006 dan penganugerahan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan pada 10 September 2018 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta Kuala Lumpur yang disempurnakan oleh Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V dan diikuti dengan Syarahan Perdana disampaikan pada 4 Oktober 2018 di Dewan Besar Institut Latihan Ilmu Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Beliau sangat aktif menjalankan kegiatan dakwah sehingga ke akhir hayatnya. Antaranya menyampaikan syarahan akademik dalam bidang pemikiran lslam, peradaban Melayu, pendidikan lslam dan pengurusan lslam. Selain itu, beliau juga telah menghasilkan pelbagai penulisan dalam bidang pemikiran dan ilmu-ilmu lslam, sejarah dan kebudayaan Melayu-lslam. Antara buku-buku hasil karya beliau ialah Sejarah Orang Cina di Tanah Melayu, Kebangkitan Umat: Kenyataan dan Harapan, Di bawah Naungan al-Quran, Mengangkat Martabat Umat, Minda Melayu Baru, Perspektif Qur’ani: Siri Wacana Tematik, Pemerkasaan Bangsa: Peranan Kepimpinan, Agama dan Budaya, Pendidikan al-Hikmah dan Misi Pencerahan I & ll, lslam dan Melayu dan Pembinaan Bangsa, Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan . Di USIM beliau telah menyampaikan Syarahan Umum bertajuk "Memaknai Sebuah Universiti: Pengutuhan dan Pemberdayaan Insan" pada 14 Mac 2019 serta beberapa perkongsian ilmu bersama warga akademik USIM. Tanggal 31 Ogos 2021 ketika Keluarga Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke- 64, negara telah kehilangan tokoh ini apabila kembalinya beliau ke Rahmatullah dengan meninggalkan khazanah ilmu dan karya pemikiran Islam yang sangat bermanfaat kepada seluruh umat Islam. Mudah- mudahan segala sumbangan jasanya beroleh ganjaran dan balasan yang setimpal serta dihitungkan sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil was born on January 4, 1947, in Bagan Datoh, Perak. He attended the Izzuddin School (1959-1966) and continued his education at the Language Teacher Institute Lembah Pantai (1967-1968). He received his Bachelor of Arts in Islamic Studies from the University of Malaya in 1974 and Master of Literature in Islamic Thought from the National University of Malaysia. He received his Ph.D. in the field of Malay Culture and Islamic Philosophy from the same university. He was the President of Dar al-Hikmah College, Head of the Malaysian Ummah Intelligence Platform, Chairman of the Board of Directors Darul Ehsan Institute, Chairman of the IDE Maqasid Shariah Research Center, University of Selangor Adjunct Professor and Chairman of the Academy for Civilization Studies. He was appointed as the Chairman of the Board of Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) from 1st of October 2018 to 30th September 2021.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=