KONVOKESYEN KE-19 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-19 USIM 35 PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية IJAZAH KEHORMAT DOKTOR FALSAFAH UNDANG-UDANG Honorary Degree Doctor of Philosophy in Law شهادة الدكتوراه الفخرية في القانون DATUK DR. BALJIT SINGH SIDHU Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu merupakan seorang peguam cara dan peguam bela yang tidak asing lagi dalam sektorguamandi Malaysia. Sebagai pengasas utamaTetuanShukorBaljit &Partnersyangditerajuinya seawal tahun 1997, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu banyak mengendalikan prosiding jenayah sebagai peguam utama atau “lead counsel” terutamanya di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan Malaysia. Sejarah bermulanya minat mendalam Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu dalam bidang undang-undang jenayah ialah sekitar tahun 50-an apabila datuk beliau yang berasal dari Tanah Besar India telah diserap untuk berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Semangat berbakti bersama PDRM ini telah diwarisi oleh bapa beliau dan dapat dilihat daripada perkhidmatan awal bapanya di Balai Pekeliling Kuala Lumpur sebelum dihantar untuk berkhidmat di beberapa buah negeri lain di seluruh Malaysia, sehingga jawatan terakhirnya di Bahagian Jenayah Khas PDRM iaitu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=