KONVOKESYEN KE-19 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-19 USIM 31 Seterusnya pada tahun 1995 hingga 2009 beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan G.M. Advertising Sdn. Bhd. Kemudian beliau menerajui Kempen Kenali Anak Kita PETRONAS yang dijalankan selama lima tahun (2010 — 2015) yang telah diiktiraf sebagai Best CSR oleh Gabungan Badan Petrolium Asia Pasific. Khidmat beliau diteruskan pula sebagai Ketua Eksekutif Malaysian Substance Abuse Council (MASAC) dari tahun 2015 hingga 2017 dan dilantik sebagai Presiden Drug Free Malaysia (2017 — 2019) Bermula tahun 2019 sehingga kini, beliau kembali menerajui PENGASIH sebagai Presiden dan beberapa jawatan penting lain. Antaranya sebagai Timbalan Presiden MASAC, salah seorang pengasas kepada Malaysian AIDS Council & Drug Free Malaysia Association dan Pengerusi Biro Jagaan Lanjutan PEMADAM Kebangsaan. Di samping itu, beliau turut menduduki beberapa jawatan di peringkat antarabangsa termasuk sebagai Committee Members Vienna NGO di bawah United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC), Members of United Nation Economic and Social Council, Members of Federation for Therapeutic Community Asia dan Members of International Federation for Non-Governmental Organization. Beliau mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam advokasi serta memberikan perkhidmatan berkaitan penyalahgunaan dadah di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Bersama PENGASIH, beliau telah membantu ribuan orang dalam masalah penyalahgunaan bahan terlarang serta mengadakan kerjasama dengan Pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC), Badan Undang-undang dan Penguatkuasaan Narkotik Antarabangsa (INL) serta Program Penasihat Dadah Colombo Plan (CP-DAP), World Federation of Therapeut Communities (WFTC), badan bukan kerajaan (NGO) dan agensi-agensi kerajaan di seluruh Asia. Beliau merupakan model terbaik yang terhasil daripada bekas pengguna dadah kepada seorang aktivis sosial yang berjaya. Aktiviti sosial beliau tertumpu kepadamasalah penggunaan dadah di Malaysia termasuk isu pelencongan sosial, dasar rawatan dadah negara dan pencegahan dadah dalam komuniti. Beliau ialah seorang yang sangat komited dan cekal serta tinggi nilai altruism serta mempunyai pengalaman yang luas dalam program pencegahan dadah bersama komuniti dan sering kali terlibat dengan pelbagai kementerian berkaitan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti rawatan dadah di Malaysia. Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), AADK, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan dan yang sangat dekat di hati beliau ialah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). USIM melalui program Diploma Siswazah dalam Penyalahgunaan Dadah dan Sarjana Kaunseling (Penyalahgunaan Dadah) SPADA yang mula ditawarkan di USIM sejak tahun 2005 telah mengadakan hubungan kerjasama yang rapat dengan beliau di mana hampir setiap tahun, Rumah PENGASIH telah menerima pelajar Latihan Industri (internship) bagi program SPADA. Sehingga kini, kira-kira 40 orang pelajar SPADA telah menamatkan Latihan Industri di Rumah PENGASIH. Kerjasama USIM melalui Pusat Penyelidikan dalam Penyalahgunaan Dadah Asia (ACREDA) dan PENGASIH dimeterai secara rasmi pada tahun 2014 melalui Memorandum Perjanjian Persefahaman (MOU). Antara kerjasama yang dijalankan adalah penawaran latihan dan pendidikan pencegahan, penyelidikan bersama pihak PENGASIH dan Latihan Industri di PENGASIH dalam bidang kaunseling dalam penyalahgunaan dadah. Pelbagai program telah diadakan bersama USIM di peringkat tempatan dan antarabangsa antaranya melalui seminar dwitahunan Empowering Youth for Drug Free Community (EYDFC) dan Seminar Antarabangsa Pencegahan dan Rawatan Pemulihan Dadah (PREVENT).

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=