KONVOKESYEN KE-19 USIM

IJAZAH KEHORMAT SARJANA KAUNSELING (PENYALAHGUNAAN DADAH) Honorary Degree Master of Counselling (Drug Abuse) Specialty Program of Alcohol and Drug Abuse (SPADA) شهادة الماجستير الفخرية في الاستشارة (تعاطي المخدرات) ) SPADA ( برنامج تخصص في الكحول وتعاطي المخدرات TUAN HAJI RAMLI ABDUL SAMAD Tuan Haji Ramli Abdul Samad dilahirkan pada 29 Jun 1954 di Ipoh Perak. Beliau berkelulusan Diploma in Town & Country Planning daripada Institut Teknologi Mara (ITM) pada tahun 1977. Kerjaya beliau bermula sebagai Pembantu Teknik (Perancangan Bandar dan Desa) dengan AKB Consultant & Cansult International Consultant dari tahun 1977 hingga 1986. Beliau merupakan pengasas bersama dan menjadi Setiausaha Penaja Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH) dari tahun 1988 hingga 1991. Kemudian beliau dilantik sebagai Presiden pertama PENGASIH (1991 — 1995) yang telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebagai sebuah organisasi yang berasaskan sebuah komuniti dan tidak berasaskan keuntungan dalam menyediakan perkhidmatan sosial serta dilesenkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) untuk menyediakan rawatan dan pemulihan untuk masalah ketagihan. PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=