KONVOKESYEN KE-19 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-19 USIM 27 Kemudian, beliau berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai pelajar sulung dalam bidang matematik dari tahun 1970 hingga 1974. Beliau sempat bertugas sebagai tutor di Universiti Pertanian Malaysia (sekarang Universiti Putra Malaysia (UPM)) selepas menamatkan pengajian di UKM sebelum melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di University of Reading, United Kingdom dalam pengkhususan Kaedah Berangka (Numerical Methods). Seterusnya pada tahun 1981, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat PhD di University ofWollongong, NSWAustralia, juga dalam bidang matematik. Pada November 2002 beliau telah dilepaskan dengan izin oleh UPM dan dilantik sebagai Profesor Matematik di Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Pengajian Siswazah UPSI dari tahun 2003 sehingga beliau bersara wajib pada Julai 2005. Beliau telah memulakan khidmatnya di Universiti Sains IslamMalaysia (USIM) sebagai Profesor pada 1 Ogos 2005 dan ditempatkan di Fakulti Sains dan Teknologi (FST). Sumbangan beliau terhadap USIM tidak dapat dinafikan lagi. Dengan pengalaman dan visi yang jelas, beliau terus diberi kepercayaan sebagai Dekan, Pusat Pengajian Siswazah mulai 1 Januari 2006 hingga 15 Jun 2012. Dalam tempoh lantikan tersebut, beliau telah memperkemas dan menyusun semula Peraturan-Peraturan Pengajian Siswazah USIM yang kini masih lagi digunakan. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai Dekan FST yang kedua mulai 16 Jun 2012 hingga 31 Julai 2015 serta pernah memangku Jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA) USIM pada 2 Januari 2010 hingga 15 Mei 2010. Sumbangan yang diberikan dalam dunia akademik dan kepada masyarakat, telah melayakkan beliau dikurniakan Pingat Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII pada 7 Jun 2008. Dalam bidang matematik, beliau juga pernah dianugerahkan sebagai Felo Persatuan Matematik Malaysia pada tahun 2010 yang penerimanya sehingga kini hanya berjumlah 19 orang sahaja. Oleh sebab cinta dan sayang akan pelajar-pelajar dan suasana di USIM, kini beliau masih lagi bertugas sebagai Felo Akademik di FST walaupun telah menjangkau umur persaraan wajib. Dengan semangat menuntut ilmu yang tidak pernah pudar, beliau sentiasa bersemangat, berdedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan. Mudah-mudahan diberkati dan akan terus berkhidmat untuk agama, bangsa dan ummah. Professor Dr. Bachok M. Taib was born and raised in Kampung Sungai Kuali, Serkat in Pontian, Johor in July 1949. He was brought up within a modest family environment and given a sound foundation of knowledge during his formative years. He started his primary education in 1957 at Sekolah Kebangsaan Serkat until Standard 6. He then continued his secondary education at Sekolah Tengku Mahmud Iskandar Pontian until Form 2 and moved to Sekolah Dato Penggawa Barat in Form 3. He finished his secondary education at Sekolah Alam Shah (SAS), Kuala Lumpur from 1966 to 1969 with excellent results in SPM and STPM. He later successfully continued his studies at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) as the first batch of students in mathematics from 1970 to 1974. After graduating from UKM, he worked as a tutor at Universiti Pertanian Malaysia (currently called Universiti Putra Malaysia (UPM)) before pursuing a Master’s degree at

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=