KONVOKESYEN KE-19 USIM

| Majlis Konvokesyen ke-19 USIM 23 PENERIMA GELARAN PROFESOR EMERITUS Recipient of Professor Emeritus Title الحاصل على لقب الأستاذية الفخرية PROFESOR DATO’ DR. MAHMUD MOHD NOR Profesor Dato’ Dr. Mahmud bin Mohd Nor dilahirkan pada 21 September 1945 di Sitiawan, Perak. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari tahun 1955 hingga 1964. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Beliau tamat pengajian pada tahun 1970 dan terus berkhidmat sebagai Doktor Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia serta ditempatkan di Hospital Teluk Anson (Intan) dan Hospital Taiping selama dua tahun. Kemudian, beliau ditugaskan ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk membantu penubuhan fakulti perubatan. Beliau meneruskan kerjayanya dalam pembedahan dan memperoleh Primary FRACS (Royal Australasian College of Surgeons) pada bulan Julai 1974 dan FRCSEd (Royal College of Surgeons of Edinburgh) pada bulan Mei 1975. Kerjaya akademiknya bermula apabila beliau telah mengasaskan Jabatan Pembedahan Am UKM dan telah dilantik sebagai ketua jabatan tersebut pada tahun 1976 dan merupakan Profesor Pembedahan. Beliau menjadi Dekan Fakulti Perubatan di UKM dari tahun 1984 hingga 1990 dan bertanggungjawab untuk mengembangkan program pascasiswazah pertama di negara ini pada tahun 1981. Kesungguhannya dalam Pendidikan Perubatan telah membolehkannya memperoleh Biasiswa Fulbright pada tahun 1988 untuk mendalami bidang Pendidikan Perubatan di pelbagai fakulti perubatan di Amerika Syarikat. PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=