Majlis Konvokesyen Khas USIM 2024

Penerima Ijazah Kehormat • Recipient of Honorary Degree • الحائز على الشهادة الفخرية 25 Usaha dan dedikasi TYT Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb dalam bidang ilmiah telah dihargai dengan pelbagai penganugerahan Ijazah Kedoktoran Kehormat daripada beberapa universiti ternama. Antaranya ialah Universiti Malaya pada tahun 2012, Universiti Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim di Indonesia pada tahun 2016, Universiti Beni Suef di Mesir dalam bidang Sains Sosial, Universiti Prince of Songkhla di Thailand dalam bidang kesusasteraan dan pengajian Islam pada tahun 2017, Akademi IslamAntarabangsaUzbekistan pada tahun 2018, danUniversiti Kebangsaan Eurasia di Kazakhstan pada tahun yang sama. Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa 2020/1442H dalam Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. Anugerah-anugerah ini diberikan sebagai penghargaan terhadapperananbeliaudalammenyebarkankesederhanaan Islam dan memperjuangkan toleransi serta keamanan sejagat. TYT Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb juga telah menyumbangkan pelbagai karya penulisan yang menjadi rujukan penting dalam dunia ilmiah. Antara karya beliau yang terkenal termasuklah kitab “Mabahith al-Illah Wa al-Maklul Min Kitab al-Mawaqif”, “Mafhum al-Harakah bayn al-Falsafah al Islamiyah wa al-Markisyyah”, dan “Madkhal Li Dirasah al-Mantiq al-Qadim”. Koleksi ucapan beliau juga telah diterbitkan dalam sebuah buku khas bertajuk “al-Qaul al-Tayyib”, yang memberi impak besar kepada perkembangan dakwah Islamiah serta kebangkitan fahaman agama dan politik Islam di tanah air. TYT Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb dikenali sebagai seorang ulama yang gigih memperjuangkan keamanan sejagat dan mendapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. Pemikiran beliau banyak menyentuh ideologi kesederhanaan dalam konteks politik berbilang bangsa dan agama di Malaysia, serta mempromosikan pemerkasaan wanita dalam masyarakat Islam. Pandangan beliau yang bernas turut membantu dalam memerangi radikalisasi dan ekstremisme dalam dunia Islam, sekali gus menekankan kepentingan memelihara warisan Islam yang telah ditinggalkan oleh ulama terdahulu. Pemikiran beliau yang mendalam dan kritis terhadap teks Quran dan Sunnah dibuktikan melalui pelbagai penulisan dan ucapan beliau yang menolak tafsiran sempit yang sering dimanipulasi oleh fahaman liberalisme, radikalisme, dan ekstremisme. Beliau telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan USIM, terutamanya dalam bidang ilmu agama dan kerjasama dengan pelbagai fakulti di USIM. TYT Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai ketika beliau memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Al- Azhar. Di bawah kepimpinan beliau, Universiti Al-Azhar telah meminjamkan enam orang ahli akademik mereka untuk berkhidmat di USIM. Daripada enam orang tersebut, tiga di antaranya yang bertaraf profesor telah ditugaskan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah. Mereka memainkan peranan yang amat signifikan dalam memperkukuh pembangunan kurikulum serta pembangunan modal insan, khususnya dalam bidang kepakaran Quran dan Sunnah. Peranan tokoh ini dalam menjalin kerjasama akademik antara Universiti Al-Azhar dan USIM jelas memperlihatkan komitmen beliau terhadap kecemerlangan pendidikan dan pembangunan ilmu pengetahuan Islam.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=