Majlis Konvokesyen Khas USIM 2024
PENERIMA IJAZAH KEHORMAT RECIPIENT OF HONORARY DEGREE الحائز على الشهادة الفخرية Tuan Yang Terutama (TYT) Prof. Dr. Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb, seorang tokoh ulama tersohor, dilahirkan di perkampungan Al-Qurna, wilayah Luxor pada 6 Januari 1946. Beliau berasal daripada keluarga sufi yang dihormati, terkenal dengan ketinggian akhlak dan ilmu, serta memiliki keturunan yang bersambung dengan Al- Hassan Ibn ˤ Ali Ibn Abi Talib RA. Beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Akidah dan Falsafah di Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Azhar pada tahun 1969. Kemudian beliau menyelesaikan ijazah sarjana pada tahun 1971 dan memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang yang sama dari universiti tersebut pada tahun 1977. Dalam perjalanan akademiknya di Al-Azhar, beliau menimba ilmu daripada para ulama terkemuka, didorong oleh minat yang mendalam sejak kecil untuk menghadiri kelas-kelas ulama dan mempelajari prinsip-prinsip pendidikan, akhlak, dan hikmah. TUAN YANG TERUTAMA • HIS EMINENCE PROF. DR. AHMAD MUHAMMAD AHMAD AT-TAYYEB IMAM BESAR AL-AZHAR • GRAND IMAM OF AL-AZHAR فضيلة الإمام الأكب الأستاذ الدكتور أحمد محمد أحمد الطیب، شيخ الأزهر الشريف
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=