Majlis Konvokesyen Khas USIM 2024

PENGENALAN INTRODUCTION مقدمة Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ditubuhkan sebagai universiti ke-12 yang dimiliki sepenuhnya dan dibiayai oleh Kerajaan Malaysia. Falsafah Pendidikan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) adalah bertunjangkan kepada pendekatan pendidikan yang seimbang dalam kedua-dua aspek fizikal dan spiritual. Falsafah ini tidak hanya dizahirkan dalam program akademik tetapi juga dalam amalan pentadbiran dan pengurusan. Dengan menggabungkan nilai-nilai murni ke dalam semua aspek, USIM bertekad melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik tetapi juga teguh dari segi etika dan akhlak yang mulia. Integrasi Kurikulum USIM bertekad untuk menjadi institusi ilmu pengetahuan terkemuka dan pusat rujukan global bagi integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Kurikulum USIM mengintegrasikan ilmu agama dengan sains sosial dan fizikal dalam semua program. Pendekatan holistik ini memberikan pemahaman menyeluruh tentang isu-isu global dan melengkapkan para graduan dengan kemahiran untuk menangani dan menyelesaikan cabaran-cabaran yang mendatang secara berkesan. Dengan mengintegrasikan pengetahuan Islam dan pengetahuan moden, USIMmenjadi wadah yang kondusif bagi penerokaan intelektual, pemikiran kritis, dan penyelesaian masalah secara inovatif. Graduan Holistik Graduan USIM bukan sahaja mahir dalam bidang yang dipelajari tetapi juga memiliki pemahaman mendalam tentang dimensi etika dan nilai-nilai yang membentuk masyarakat yang seimbang dan harmoni. USIM komited dalam memupuk komuniti yang inklusif dan berbilang budaya. USIM meraikan pelajar dari pelbagai latar belakang, budaya, dan kepercayaan, mewujudkan persekitaran di mana pelbagai perspektif dihormati dan diraikan. Kepelbagaian pengalaman dan idea yang berharga ini memperkayakan persekitaran pembelajaran dan mempersiapkan graduan untuk berjaya dalam dunia yang berbilang budaya dan kaum. Komitmen Terhadap Kecemerlangan Akademik Selain kecemerlangan akademik, USIM menyediakan kemudahan pendidikan bertaraf dunia dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Komitmen USIM terhadap penyelidikan dan inovasi bakal memastikan pelajar didedahkan kepada pengetahuan dan teknologi terkini dalam bidang mereka bagi membolehkan mereka memberikan sumbangan yang relevan dan bermakna kepada masyarakat.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=