GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

85 garis panduan SENI VISUAL c. Tidak mempermainkan isu agama, mempropagandakan politik dan isu perkauman yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. d. Sebarang kandungan di media sosial mestilah selari dengan fatwa atau pendapat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia atau Jawatankuasa Fatwa Negeri-negeri. 10.3 PENGESYORAN TAMBAHAN 10.3.1 Penggunaan Bahan a. Penggunaan bahan-bahan berbahaya seperti bahan kimia, bahan mudah terbakar dan bahan api perlulah mendapat kebenaran dan seliaan dari pihak keselamatan berwajib serta diminta untuk mengambil segala langkah-langkah keselamatan yang telah digariskan. b. Penggunaan senjata berbahaya seperti pistol, keris, pedang dan lembing perlulah di bawah nasihat seliaan dan kelolaan pakar. 10.3.2 Kebenaran Rakaman Seni Visual a. Bahan-bahan yang dikategorikan dalam hak cipta perlu memohon keizinan terlebih dahulu daripada pemilik asal, pemegang hak cipta atau syarikat penerbitan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=