GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
84 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA e. Tidak boleh melakonkan watak-watak kontroversi dan pengucapan dialog yang boleh menyimpang daripada akidah umat Islam dan melontarkan kata- kata kufur. f. Berpakaian menutup aurat seperti yang telah digariskan oleh Syariat Islam dan tidak memakai pakaian yang boleh mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton. g. Pemakaian hiasan dan solekan hendaklah sesuai dan tidak berlebihan sehingga menimbulkan fitnah di kalangan penonton dan masyarakat. 10.2.4 Penggunaan Media Sosial Penggunaan media sosial hendaklah mengambil kira elemen kepatuhan seperti berikut: a. Dilarang membuat hantaran dan perkongsian yang tidak tepat, tidak jelas, fitnah, hasutan, provokasi dan menimbulkan kekeliruan di kalangan pengguna. b. Sebarang kandungan yang melanggar etika dengan menyentuh isu sensitif, provokasi, pornografi, mendatangkan kemudaratan tidak boleh dimuat naik ke media sosial milik individu atau organisasi.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=