GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
83 garis panduan SENI VISUAL d. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis mestilah mengikut terjemahan yang betul bagi mengelakkan ayat tersebut digunakan mengikut sesuatu kepentingan. e. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis mestilah merujuk kepada rujukan atau pihak berautoriti dari sudut ketepatan dan kesesuaian. 10.2.3 Karakter dan Karakteristik a. Watak lakonan, ilustrasi, lukisan dan lakaran yang menggambarkan watak atau karakter para nabi, malaikat, syaitan dan jin juga perkara-perkara ghaib tidak dibenarkan. b. Melakonkan atau menggambarkan watak yang bertentangan dengan fitrah manusia seperti lelaki memakai pakaian wanita dan sebaliknya adalah tidak dibenarkan. c. Orang Islam dilarang melakonkan atau menggambarkan watak yang mempunyai ciri-ciri ritual, aksi atau perbuatan selain daripada agama Islam. d. Watak dan perwatakan tidak boleh dilakonkan sehingga menyentuh sensitiviti berkaitan institusi Diraja, agama, kaum dan atau penghinaan tubuh badan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=