GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA

82 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA h. Kandungan yang berunsur propaganda dan mengelirukan penonton dari segi tulisan, warna, ilustrasi, lukisan dan simbol yang menyentuh sensitiviti agama Islam tidak dibenarkan. i. Tajuk sesebuah produksi seni visual mestilah tidak boleh menimbulkan kontroversi dan bercanggah dengan syariat Islam walaupun bertujuan untuk meningkatkan capaian penonton. 10.2.2 Penggunaan Ayat Al-Quran dan Hadis Dalam Skrip, Teks dan Grafik a. Penulisan ayat-ayat al-Quran dan hadis tidak dibenarkan selain daripada bahasa Arab dan mestilah mengikut tertib ( Dhabt ) al-Quran dan matan hadis yang betul dan lengkap. b. Penulisan ayat al-Quran dan hadis mestilah disertakan dengan rujukan nama surah, nombor ayat dan kitab hadis yang sahih supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan penonton. c. Penggunaan ayat al-Quran dan hadis yang tidak lengkap yang boleh membawa kepada maksud yang lain tidak boleh digunakan. Al-Dhabt ( الض ط ) ialah suatu ilmu yang membahaskan mengenai tanda untuk membunyikan sesuatu huruf dari segi i’rab seperti: (i) Baris Dua/ Tanwin ( -ًًٍ -ُُ ), (ii) Fathah ( -ََ ), (iii) Dhammah ( -ُُ ), (iv) Kasrah (ِ ) dan lain-lain lagi. [Sumber: Bab 4, Istilah Dhabt Al-Quran, Panduan Rasm Uthmani, (2012). Kementerian Dalam Negeri] Info Tambahan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=