GARIS PANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA
80 GARISPANDUAN PERSEMBAHAN SENI BERBUDAYA 10.2 TATACARA KELOLA 10.2.1 Kandungan Kandungan garis panduan ini dipadankan dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Garis Panduan Penapisan Bahan-bahan Penyiaran Berunsur Islam JAKIM 2015 untuk memberi panduan yang lebih jelas dan tepat kepada masyarakat dengan mengambil kira elemen kepatuhan syariah seperti berikut: a. Isi kandungan sesebuah bahan penyiaran mestilah tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan akhlak yang digariskan oleh Islam berdasarkan pegangan ahli Sunnah Wal-Jamaah . b. Kreativiti penghasilan karya mestilah menjaga kesucian Islam dan tiada unsur syirik yang boleh memesongkan akidah dan menyeleweng dari syariat Islam mengikut fatwa atau jumhur ulama. c. Tidak mempengaruhi penonton dengan kandungan penerbitan yang mengandungi unsur-unsur Isra’iliyyat yang menyeleweng, khurafat, kebudayaan karut dan ritual agama lain sebagai elemen dalam penceritaan. d. Syot, visual, ilustrasi dan lukisan yang memaparkan perkataan atau aksi yang melanggar syariat Islam dan budaya masyarakat setempat adalah dilarang.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=